CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1577|Reply: 4

Gunung di Kongo diserbu selepas tanah didapati mengandungi 90% emas

[Copy link]
Post time 9-3-2021 01:39 PM | Show all posts |Read mode
Gunung di Kongo diserbu selepas tanah didapati mengandungi 90% emas

Pihak berkuasa Kongo terpaksa melarang perlombongan di sebuah kampung di Republik Demokratik Kongo setelah tanah di sebuah gunung ditemui kaya dengan kandungan emas.

Sebuah video yang tular menunjukkan puluhan orang membanjiri gunung berkenaan yang terletak di Luhihi, setelah penemuan bijih emas di kawasan tersebut pada hujung bulan lepas, dengan rakaman dari tempat kejadian yang menunjukkan orang ramai menggali tanah menggunakan cangkul.

Malah ada juga yang menggunakan tangan mereka untuk menggali mineral berharga itu dari tanah.



Venant Burume Muhigirwa, Menteri Perlombongan Kivu Selatan, mengatakan bahawa kedatangan orang ramai untuk menggali tanah di kawasan itu telah memberi tekanan ke atas perkampungan kecil di mana gunung tersebut terletak.

Tanah di pergunungan itu dianggarkan mengandungi dari 60% hingga 90% kandungan emas membuat orang ramai berpusu-pusu mengambil peluang untuk mendapatkan emas secara percuma.

Kongo adalah sebuah negara yang penuh dengan kekayaan bahan semula jadi, termasuk minyak, kayu balak, berlian dan mineral, tetapi kemudahan untuk bahan-bahan ini ditemui mendorong orang ramai untuk menjadi tamak.





Pihak berkuasa negara itu telah mengeluarkan arahan  pada 1 Maca yang mengharuskan semua pelombong, peniaga dan anggota angkatan bersenjata Kongo (FARDC) untuk meninggalkan kawasan perlombongan di sekitar Luhihi untuk meredakan gangguan yang berlaku ekoran penemuan emas berkenaan.

SUMBER
TWITTER
REUTERS

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2021 01:58 PM | Show all posts
teringat forumer2 yg suka reka citer konon laki sekor2 org kongo

prffffffffffffffght
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
tak de penjarakan sosial.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2021 05:57 PM | Show all posts
emas turun harga katanya
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2021 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Negara kaya dgn hasil bumi.tp rakyat hidup miskin merempat.
Nmpk sgt kerajaan xtelus.pikir tembolok sendiri je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.035459 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list