View: 1594|Reply: 9
|
Baru 2 minggu kenal terus bernikah, isteri malu2 naik kereta dengan suami
[Copy link]
|
|
Edited by berun at 11-3-2021 07:15 AM
Baru 2 minggu kenal terus bernikah, isteri malu2 naik kereta dengan suami
Jodoh merupakan satu rahsia daripada Allah S.W.T yang akan diberikan kepada kita bila tiba waktu yang tepat. Jadi, cepat atau lambat, pasti ia akan tiba dengan sendirinya.
Sehubungan dengan itu, satu perkongsian daripada seorang pengguna aplikasi TikTok yang menggunakan nama akaun eydazuno telah memuat naik video-video semasa majlis perkahwinannya dengan suami tercinta.
Jodoh selepas 2 minggu
Dia telah memuat naik momen sehari sebelum bergelar isteri dengan menunjukkan pakaian serta hantaran yang akan diberikan kepada pihak suami pada majlis pernikahan nanti.
Malu first time naik kereta dengan suami
Menurut ibu tunggal yang mempunyai seorang anak berusia 4 tahun hasil perkahwinan terdahulu itu, dia dan suami hanya berkenalan selama dua minggu sahaja sebelum mengambil keputusan untuk bernikah.
Video : https://www.tiktok.com/@chibieyd ... 6936591972140420354
Jadi, setelah bergelar isteri, dia mengakui berasa janggal apabila menaiki kereta bersama suami dan mengambil video bagi menghilangkan rasa segan tersebut.
Tak siapa mampu menolak jodoh
Wanita itu juga memaklumkan bahawa mereka akan bercinta selepas bernikah dan pastinya ia lebih bagus kerana masing-masing sudah sah bergelar suami dan isteri.
Tambahnya lagi, dia percaya bahawa takdir jodoh sememangnya tidak mampu untuk ditolak lebih-lebih lagi ada insan yang benar-benar menyayangi kita dengan ikhlas.
Semoga perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke Jannah dan bahagia bersama kehidupan yang baru selepas melalui detik perit bergelar ibu tunggal beberapa tahun sebelum ini.
Sumber: eydazuno
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tak awal sangat ke taarufnya
apply rekod ctos calon, result keluar minggu depan terus 'oui' ke
macamana tau toklaki bukan kaki butcher bini |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai 2 minggu kau pakai pad jenis apa pun dia tak tau lg apetah lagi benda benda lain yang penting macam perangai dan rahsia. |
|
|
|
|
|
|
|
pelamin dia cm pintu gerbang rumah friska |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kenal. Apa2 pun tahniah. Semoga bahagia sampai bila2. |
|
|
|
|
|
|
|
malu malu kucing... nti dah ehem ehem x malu dah |
|
|
|
|
|
|
|
Harap bebetul bujang lah ye. Bukan somi orang |
|
|
|
|
|
|
|
Brcinta lps nikah? So yesteryear, iol sllu dngr ayat ni back in 2012 esp dri jejantz Meleis yg desperate nak brbini. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak caya aku 2 minggu kenal ni tak berubah jadi han tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|