CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1153|Reply: 4

24 Tahun Tak Mampu Buat Majlis Kahwin, Pasangan Gelandangan Ditaja Lelaki Pemura

[Copy link]
Post time 15-3-2021 01:05 PM | Show all posts |Read mode
24 Tahun Tak Mampu Buat Majlis Kahwin, Pasangan Gelandangan Ditaja Lelaki Pemurah

Selepas 24 tahun menjalin kehidupan bersama, hasrat pasangan gelandangan untuk disatukan sebagai suami isteri akhirnya berjaya dilaksanakan dengan bantuan seorang pedandan rambut yang bermurah hati.


Menurut laporan Daily Mail, pasangan tersebut Rommel Basco, 55, dan Rosalyn Ferrer, 50 yang menetap di sebuah wilayah di Filipina sibuk mencari sesuap nasi dengan mengumpul barangan terpakai sebelum ditemui pemilik salon itu Richard Strandz.

Richard membantu pasangan berkenaan untuk memperoleh lesen perkahwinan termasuk membiayai kos perkahwinan di gereja apabila selesai proses urusan dokumen mereka berdua.


Ketika menjayakan sesi ‘photoshoot’ pra-perkahwinan pada 13 Februari lalu, Rosalyn kelihatan anggun menggayakan gaun berwarna putih putih makanala Rommel pula mengenakan baju ‘Barong Tagalog’.

“Saya pernah berangan ketika kecil untuk mengadakan majlis perkahwinan dengan tema berbusana putih. Tapi kami tidak pernah mempunyai wang secukupnya.
“Kami hanya fokus mencari makanan yang mencukupi untuk dimakan setiap hari. Kini saya rasa sangat bersyukur kerana akhirnya tercapai,” kata Rosalyn.


Menceritakan kembali detik kedua-dua pihak itu, Richard berkata dia bertemu gelandangan tersebut ketika pasangan itu sedang mengutip botol plastik berhampiran salon miliknya.


“Saya tersentuh hati apabila mengetahui kedua-duanya tinggal bersama selama lebih dari dua dekad tetapi tidak mampu mengadakan majlis kecil-kecilan.
“Cinta sejati adalah sesuatu yang harus diraikan. Ia sangat istimewa, tidak kira sama ada seseorang itu kaya atau miskin,” ujar Richard.

Sumber: Daily Mail

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2021 02:19 PM | Show all posts
cantik aja bila di groom.. tapi kenapa nak amek gamba kat kawasan gelandangan jugakk isk2
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 02:25 PM | Show all posts
Nampak berbeza lepas didandan
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
acik rosalyn tu ori kah atau berloceng?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 09:56 PM | Show all posts
negara maju pun ada gelandangn

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.055210 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list