CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: LIPAN_BARA

Sejarah Kuala Lumpur

[Copy link]
Post time 28-1-2011 10:15 PM | Show all posts
Perlis FA Team @ Merdeka Stadium in 80s










Credit

En Othman Ibrahim (Ex Perlis  ...
HangPC2 Post at 28-1-2011 15:27


goalkeeper : V.Marimutuhu khennn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2011 11:02 PM | Show all posts
aku time tingkatan 1 first time pegi batu caves tp tak naik smpai atas pasal takut tinggi hehe
-tp masa tu geng2 hindu tak hijack batu caves lg sebagai kuil
-kenapa smpai jadi mcm sekarang? depa semua tu ada permit kaa
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2011 05:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 01:12 AM | Show all posts
Up,
+ 1 Credit
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2011 08:56 AM | Show all posts
Up
+ 1 Credit
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 11:31 AM | Show all posts
Terima kasih pada contributors thread ni.. mmg terbaek..
Aku save gambo2 dlm ni jadik kenangan..
terima kasih daun keladi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2011 10:39 AM | Show all posts
tahun 1987 aku jalan kaki dari HKL ke keramat supermarket nak gi beli mainan ghostbuster.....rm 10 je time tu tapi setengah tahun gak la buat saving....kalau nak tgk mainanan transformers banyak pi hankyu jaya,pehh meleleh air liur beb.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2011 10:40 AM | Show all posts
teringat pulak kat lagu malek ridzuan Kuala Lumpur oh Kuala Lumpur.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2011 04:28 PM | Show all posts
satu lagi nak tanya,ingat lg tak Kimisawa?kat mana lokasi sebenar supermarket tu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2011 03:28 PM | Show all posts
seronok betol baca ...tak penah pn aku tau pasal kl zaman dolu2 nie ...sejak menjejaki kaki ke kl nie...aku dah agak kl nie mesti banyak tempat2 yg boleh buat nostalgia....cume aku yg tak tau...lg pn aku  bukan la genarasi lama @ generasi kanak2 waktu tu dan dibesar kn kat sini...entah kenapa aku mmg suke benar perati bagunan2 lama dan pra sejarah nie...aku rasa lebih santai ada kat tempat2 mcm nie woooww...terima kasih TT...

p/s: sekarang punya bagunan mmg bes nmpk moden..tp kadang kala terasa panas n bosan....banding ngn bagunan lama..nmpk cool bila di upgred sikit ke moden waaa ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2011 04:46 PM | Show all posts
teringat pulak kat lagu malek ridzuan Kuala Lumpur oh Kuala Lumpur.....
veeos Post at 9-4-2011 10:40



    Aku taktau sebab ape tapi bile aku dengar lagu ni mesti aku teringat bulan puasa masa aku kecik2..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 06:09 AM | Show all posts
Reply 309# tok_rimau87


   Lg sejarah tentang Che Soh or Hj Yusof Klang;

1) Beliau berasal dari Kampung Losong Kuala Terengganu


2) Beliau adalah orang miskin yang bekerja sendiri


3) Isteri beliau bernama Siti Hawa (Tok Hawa)


4) Hasil perkahwinan dengan Tok Hawa, beliau mendapat 3 orang anak:

- Kelsom binti Haji Yusof

- Hajah Halimah binti Yusof

- Hajah Khadijah binti Yusof


5) Oleh kerana kemiskinan, beliau bercadang mencari rezeki di luar Kuala Terengganu


6) Untuk mendapat wang bagi tujuan pelayaran itu, beliau sanggup menyerah ketiga-tiga anak perempuan beliau kepada Keluarga Tok Ku di kampung Tok Ku Chabang Tiga sebagai hamba dengan menyatakan ingin keluar dari Kuala Terengganu untuk mencari rezeki.


7) Selepas mendapat wangdaripada Tok Ku, pada hari yang sesuai maka belayarlah beliau dengan adik beliau Haji Mohammad menggunakan perahu meninggalkan Kuala Terengganu.


8) Setelah beberapa tahun meninggalkan Kuala Terengganu dan singgah di beberapa tempat, akhirnya mereka berdua sampai di Sungai Kelang. Di dalam hutan di tebing Sungai Kelang, mereka berjumpa satu hidangan nasi kunyit beserta lauk lalu mereka makan hidangan tersebut.


9) Ketika berada di Kelang, beliau mula mencari rezeki dengan membuka tanah dan membina rumah sewa. Di sini, beliau mula mendapat rezeki dan harta yang akhirnya beliau digelar Haji Yusof Kelang.


10) Dari Kelang beliau meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur dan membuka beberapa tapak perumahan dankebun. Di Kuala Lumpur, hartanya terdapat di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang dahulunya dikenali sebagai Batu Road. Di sini, 60% daripada bandar ini adalah milik beliau. Tapak Pejabat Mara sekarang adalah tapak rumah kediamannya di mana disitulah beliau meninggal dunia. Selain Jalan Tuanku Abdul Rahman, tanah dan rumah sewanya juga terdapat di:


- High Street

- Klyne Street

- Petaling

- Jalan Ipoh

- Jalan Ampang


dimana kesemua rumah kedainya telah disewa oleh orang Cina, India dan Inggeris.


11) Semasa di kelang dan kuala Lumpur, beliau telah berkahwin dengan 2 orang isteri dan mendapat beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Yang terakhir, beliau telah berkahwin dengan seorang perempuan berketurunan Habsi (berkulit hitam dan muka bertoreh) di Mekah dan mendapat seorang anak yang bernama Zainab.


12) Haji Yusof adalah seorang anti-Inggeris kerana tidak bersetuju apabila orang Inggeris merampas tanah-tanah beliau. Haji Muridan pernah berjumpa dengan seorang tua di kampung Datuk Keramat yang mendakwa pernah bekerja dengan Haji Yusof dari Terengganu ketika berusia 14 tahun. Menurut warga emas ini, Haji Yusof merupakan seorang Guru Silat yang terkenal dan ramai yang menuntut dengan beliau.


13) Cerita kekayaan Haji Yusof ini telah dibukukan oleh Kerajaan Inggeris tetapi kapal yang membawa kisah ini untuk di cetak di England telah karam.


14) Bagi mentadbir harta dan perniagaannya, dia melantik seorang kerani yagn berasal dari kelang iaitu Haji Abdul Rahman yang digelar Al-Teguh. Maksud Al-Teguh ialah kerana beliau seorang kerani yang jujur dan ikhlas. Wang yang Haji Yusof minta untuk disimpan dijaga dengan baik dan apabila diperlukan, wang itu diberikan semula dengan jumlah yang betul.


15) Haji Yusof, Haji Abdul Rahman Al-Teguh dan beberapa orang Terengganu yang bekerja dengan beliau telah meninggal dunia dan kubur mereka ditempatkan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur. Untuk mengenali kubur beliau, ialah dengan melihat kawasan berpagar besi dan pada setiap nisan tertulis perkataan Al-Terengganu. Beliau telah meninggal dunia sekitar tahun 1919. Riwayat hidup Haji Yusof boleh didapati di Arkib Negara Kuala Lumpur.


16) Kerajaan Selangor telah berkenan menamakan satu jalan di Kampung Pandan Kuala Lumpur dengan nama JALAN NAKHODA YUSOF.






Xoll Rossoneri




Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 01:47 PM | Show all posts
85-year-old coffeeshop serves its last meal on Thursday



Story and photos by VINCENT TAN
[email protected]





Old establishment : Sin Seng Nam has been operating out of this pre-war building for the past 85 years in Medan Pasar.



Popular coffee shop Sin Seng Nam will close shop tomorrow, after 85 years of being in business.

Located along Medan Pasar or the old “ Market Square ” in Kuala Lumpur, the coffeeshop has been operating from a three-storey pre-war building, which until recently was owned by the descendants of Loke Yew.

Sin Seng Nam is a beautiful example of architecture of the Malaysian pre-war kopitiam, with its high ceilings and swinging wooden windows, which make the place airy.

The building is over 100 years old, having been built in 1906. The Hainanese kopitiam has been very much a part of the building’s history and added to the old world charm that its surrounding area once had.

The nearby shophouses are still standing and in need of a fresh coat of paint.

But it is a far cry from the business and financial district it once was, with the premises now run by foreign workers. In fact, the area near the clock tower has been made into a pedestrian-only area.

Sin Seng Nam serves as the last reminder of Medan Pasar as it once was.

“ My father, Choong Yoo Ying and his two brothers started the kopitiam in 1928 when Medan Pasar was still one of the main roads in Kuala Lumpur, ” said second-generation owner Choong Ah See, 62.





Kept busy : Wong (left) and Tan run the kitchen on the second floor which dishes out Hailam noodles, fried rice and chicken chop.


Adorning the walls of the kopitiam are old prints, which includes photos of Medan Pasar with and without the small clock tower built in 1937 to commemorate George V’s coronation and pre-war vehicles lining the pre-war shophouses.

Choong took over from his father in the mid-1980s after he passed away and his uncles retired. He has been busy running the shop while his business partners manage the kitchen.

Choong’s sister Siew Yong, 70, operates the popular chicken rice stall, which not only sells roasted and steamed chicken during weekdays, but also fish and chicken curries on selected days.

Work starts at 5am, when Choong comes in to start the fires for his charcoal-fuelled grill and boil water for drinks.

Then his brother-in-law Wong Ah Toy, 78, and nephew Tan Loong, 36, come in at 11am to prepare for the lunch crowd.

Back in the old days when the superior courts were located in the Sultan Abdul Samad building, it was a favourite haunt among lawyers.

They used to sit there enjoying cups of coffee and discussing their cases.

Even till now, some lawyers still come to Sin Seng Nam as some law firms are located in the area and the Bar Council building is right opposite the coffeeshop.

“ The lawyers used to walk here from the old courthouses in their robes. And during the trial of Mona Fandey and other popular cases, many journalists covering the cases frequent the shop for meals, ” said Choong.




Mixed feelings : Reflecting on over 20 years managing his family’s coffeeshop, Choong said that it was time for the partners to take a break.


The kopitiam was also a regular meeting place for politicians such as Lim Kit Siang and Karpal Singh, as well as corporate figures such as Tan Sri Francis Yeoh and his brother Datuk Mark Yeoh.

Mark fondly remembers Sin Seng Nam as his favourite lunch place when he was a chambering law student attending court at the Sultan Abdul Samad building.

“I am sad that it is closing as it has been a part of my life for the last 30 years. I liked their fried meehoon for breakfast and chicken rice for lunch, but we had to be there by noon or it was sold out,” said Mark.

He added that Sin Seng Nam was an institution, but hoped it that Choong and his nephew Tan could re-open a similar establishment somewhere else.

Even now, the kopitiam is still a hive of activity, especially during lunch hour.

Staff from nearby banks come here for the chicken rice, Hailam noodles and chicken chop.

Choong said the wooden cash counter was there from his father’s time, as was the wooden cabinet and stool. The cash counter and cabinet will be sold to Heritage House.

“ It is not easy running a restaurant. Maybe now I can take a rest and spend more time with my family, ” said Choong, who has a son and daughter.

“ I was also lucky that the Loke family did not raise the rent too much over the years. Nowadays, the rent in this area can cost five figures, ” he said.

In response to whether it will be difficult leaving the business, he said: “ I have mixed feelings. ”



- The Star -


Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2013 01:54 AM | Show all posts
Sapa ada gambar rumah panjang Keramat A/U tempat terbina Jusco setiawangsa sekarang..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 03:02 PM | Show all posts
Satu-Satunya Rumah Tradisional Di Chow Kit, Kini Semakin Hilang




Isnin, 7 Disember 2015

Nurulwahida Othman



Rumah kecil ini, mengingatkan kita kepada kartun Disney bertajuk ' Up ' .



Ditenggelami di antara deretan kedai-kedai setinggi empat tingkat, rumah kayu kecil berusia 90 tahun ini telah diduduki oleh 4 generasi sebuah keluarga.





Rumah ini masih utuh berdiri walaupun telah melalui beberapa peristiwa seperti pendudukan Jepun ketika Perang Dunia Kedua, kebangkitan komunis, kemerdekaan Malaysia, banjir-banjir besar di Kuala Lumpur serta pembangunan yang mengubah komuniti asal kawasan ini.

Rumah kecil ini menyaksikan perkahwinan, kelahiran serta pemergian insan-insan tersayang. Rumah ini juga merupakan tempat tinggal seorang wanita kecil dan lemah berusia 80 tahun.





Norma Manjawali tinggal di rumah kayu ini hampir keseluruhan hayat beliau, sejak lahir pada tahun 1932.

Norma dibesarkan, berkahwin serta membesarkan anak di rumah ini. Beliau adalah satu-satunya pewaris kampung masyarakat Mandailing yang masih tinggal di situ, buat berabad-abad lamanya.

Tetapi, tiba-tiba, penduduk Chow Kit tersedar bangunan bersejarah yang lebih dikenali sebagai 'Rumah Pusaka Chow Kit' atau ' Rumah Degil ' ini sudah tiada lagi.

Dalam kartun Disney ' Up ' , Carl Fredricksen, seorang lelaki tua masih mahu terus tinggal di dalam rumahnya walaupun dihimpit oleh pembangunan pencakar langit di sekelilingnya. Akibat tidak tahan dengan desakan pemaju, Carl mengikat rumahnya dengan beribu-ribu biji belon dan terbang bersama-sama dengannya.

Akan tetapi ' Rumah Degil ' tidak dapat terbang dengan beribu-ribu biji belon, kata Fatulrahman Ghazali. Penerbit filem ini sedang merakamkan sebuah dokumentari tentang sebuah projek amal yang mencerai, memulih dan memindahkan rumah lama itu ke tempat lain.






Pada awal tahun ini, pasukan ini menceraikan rumah lama itu dengan tujuan untuk membinanya semula.

" Terdapat banyak sejarah rumah ini ," kata Fatulrahman. Rumah ini dibina oleh datuk Norma iaitu Haji Jaafar Sutan Mengatas. Keluarga ini dipercayai merupakan keturunan Sutan Puasa, iaitu salah seorang pengasas Kuala Lumpur, di samping Raja Abdullah dan Yap Ah Loy.

Rumah ini dibina oleh kontraktor berbangsa Cina pada tahun 1926. Ia merupakan salah sebuah di antara deretan rumah-rumah yang dimiliki oleh keluarga besar Sutan Mengatas, yang terlibat dalam perniagaan perlombongan.


" Mereka memulakan perniagaan perlombongan di sini. Keluarga ini dipercayai berasal daripada keluarga bangsawan, dan berpindah ke sini untuk mengembangkan perniagaan, " kata Fatulrahman.

Setelah masa berlalu, satu demi satu rumah di situ ditelan oleh arus pembangunan pesat kawasan Chow Kit. ' Rumah Degil ' adalah satu-satunya rumah tunggal pewaris kepada sejarah silam Chow Kit.

Sedihnya, kesukaran menjaga rumah berkenaan akhirnya memaksa kumpulan pewaris-pewaris tanah berkenaan menjual tapak tanah itu yang berharga berjuta-juta ringgit.






Pada bulan Mac tahun ini, pasukan ' Rumah Pusaka Chow Kit ', atau lebih dikenali sebagai RPCK, iaitu sekumpulan sukarelawan yang berusaha untuk memelihara warisan asli Kuala Lumpur ini, memulakan kerja amal mereka dengan membuka dan menceraikan bahagian-bahagian rumah ini.

Usaha mereka untuk mendapatkan status warisan terhadap rumah berkenaan daripada kerajaan, tidak berjaya.







Pasukan RPCK bercadang membina semula rumah itu, selepas mendapat dana dan mengenal pasti tapak yang sesuai.

Norma sekarang tinggal dengan anak perempuannya di Putrajaya.


Video dibawah pula dirakam oleh Fatul Ghazali pada tahun 2007.





Sources : http://thevocket.com






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 06:05 PM | Show all posts
malaysia ni fail sungguh part menjaga/baikpulih old building
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2016 10:02 AM | Show all posts
SOGO, SULAIMAN COURT DAN BUMIPUTRA ROCKERS !












Setiap kali aku aku lalu depan SOGO, aku sering terkenang kenangan aku tengok konsert rock masa sekolah rendah dulu, pergh! Actually pertengahan tahun 80'an dulu dikenali sebagai zaman kebangkitan muzik rock kat Malaysia terutama bila ex-husband Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Ali Bakar, buat konsert Battle of The Band (gabung rockers terkenal macam Rahim Maarof, Ella and The Band etc) pusing satu Malaysia.

Aku dulu masa kecik cukup minat dengan Bumiputra Rockers (BPR). Masa tu lagu diaorang yang gila babi famous adalah Seribu Tahun Takkan Mungkin. Satu hari famili aku datang bercuti di Kuala Lumpur. Masa tu kami tinggal di Kerteh, Terengganu. Aku baru darjah 6 time tu. Aku dengar BPR dengan Ramli Sarip akan nyanyi kat Sulaiman Court. Mesti korang tak pernah dengar nama Sulaiman Court di KL ni kan?

Kalau korang nak tahu, Sulaiman Court tulah shopping complex SOGO sekarang ni! Dulu tempat tu adalah sebuah kawasan flat. Orang KL panggil flat Mido (sebab ada iklan jam Mido atas bangunan tu). Untuk pengetahuan korang, Sulaiman Court lah flat pertama dibina di Malaysia! 11 tingkat u olls. Masa mula-mula siap tahun 1958, hanya 13 famili yang sanggup pindah dari kawasan setinggan ke flat tersebut sebab masa tu manalah orang kita pernah duduk rumah tinggi-tinggi ni. Bila SOGO nak dibina, pada tahun 1988 flat tu pun dirobohkan.

Berbalik cerita pasal BPR ni, bila aku sampai KL, aku dengar kat radio diaorang nak buat konsert kat tapak Sulaiman Court tu. Bila flat di situ dah dirobohkan, tapak tu selalu dibuat konsert rock. Apalagi dalam diam-diam, aku keluar dari rumah sedara aku kat KL (tempat kami bermalam), naik bas mini sorang-sorang, terus pergi sana. Orang punyalah ramai tetapi sebab minat punya pasal, aku selit juga. Bayangkan punya seronok aku masa tu dapat tengok Joey (penyanyi BPR) nyanyi live lagu Seribu Tahun Takkan Mungkin. Nak dijadikan cerita, Ramli Sarip pun perform. Kenikmatan berganda! Nasib baik bas mini ada masa nak balik.

Sebab tu kalau bebudak sekarang dok cerita pasal rock, gua tak heran beb. Gua sekolah rendah lagi dah naik bas mini sorang-sorang gi tengok konsert rock hahahah. Sampai sekarang bila lalu SOGO...ingatan gua pasti mengimbau kenangan Sulaiman Court dan Bumiputra Rockers. Lu ada ?



Nukilan : Syahril A. Kadir

https://www.facebook.com/syahrilkadir




Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2016 12:47 PM | Show all posts
chumpon replied at 2-3-2005 01:28 PM
OLD NAMES OF ROADS IN KUALA LUMPUR

Ampang Road - Jalan Ampang

ooo patutla ade THE WELD kat jln raja chulan tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190225 Replies : 6961
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 111759 Replies : 4867
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24747 Replies : 112
Fasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wanita Kuat
RalineFasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wan
Views : 29710 Replies : 85
Faridah Daud ada di Perak, Polis dah jumpa wanita dakwa bakal kahwini Tengku Hassanal
RalineFaridah Daud ada di Perak, Polis dah jum
Views : 38397 Replies : 93
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18385 Replies : 13
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67003 Replies : 475
Jurassic World: Rebirth (2025)
pisanggorengJurassic World: Rebirth (2025)
Views : 11108 Replies : 2
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 34085 Replies : 788
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 21384 Replies : 139

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.052380 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list