CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2863|Reply: 9

Tunggakan lebih RM4j

[Copy link]
Post time 1-11-2008 09:20 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Lokman Zainal Abidin
lockman@nstp.com.my

BUKAN setakat ratusan ribu tetapi mencecah lebih RM4 juta! Itulah jumlah tunggakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang masih gagal dilunaskan sembilan persatuan bola sepak (FA) negeri.

Persatuan Bola Sepak Kedah mengetuai senarai itu dengan tunggakan sebanyak RM838,983 diikuti Kelantan (RM827,156), Perak (RM650,383), Perlis (RM500,000); Pahang (RM373,778); Sarawak (RM352,512); Melaka (RM219,200); Johor (RM185,224) dan Sabah (RM138,997).

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad ketika mendedahkan perkara itu berkata angka sebanyak lebih empat juta itu adalah setakat 6 Ogos lalu iaitu ketika badan induk kebangsaan itu menerima surat daripada KWSP.

揓umlah itu mungkin sudah berkurangan sekarang kerana FA negeri terbabit mungkin sudah membuat pembayaran secara beransur-ansur kepada KWSP,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2008 12:08 PM | Show all posts
nak bayar camna????presiden a k a muntri besar asyik dok songlap uit jer....stadium penuh, duit adiah kemenangan banyak bukan main, tp kwsp pun xnak bayar//////duit p mana???
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 03:06 PM | Show all posts




kira pengurusan tak reti mengurus la....
KWSP  dah buat keje dia...btul la tu....

ngaku jer la tak lih mengurus....sibuk nak tunjuk kat surat kabar....
bila menang bagi bonus la, apa lah...

KWSP pemain tak bayar....

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 03:29 PM | Show all posts
Depa pi check Penang tk..? Penang yg tgh tenat2 tu pun...KWSP jalan ka..? Klu jln..baguih no..

Pahang yg soltannya bertakhta di FAM pun sangkut jugak...ha, hambik.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 04:03 PM | Show all posts
woiii kedah yg stadium penuh memanjang memang juara segalanya.....

tak bayaq kwsp pun top jugak..........
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 04:52 PM | Show all posts
tapi yg lawak pasal statement tuh tang Penang yg tak bayaq 4 bulan gaji pun boleh jadik FA contoh.........

ka depa buat agreement kami bayaq kwsp ja, gaji tak cover.........

kuang 3x.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2008 09:59 AM | Show all posts
bangang btul lah negeri2 y utang kwsp bnyk tuh..
bodoh bahlul die nye pengurusan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 10:24 AM | Show all posts

Sedihnya.......



SHAHIDAN (kanan) diberi penerangan oleh pegawai KWSP mengenai jumlah caruman yang perlu dibayar PFA.


KASIHAN Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA).

Gara-gara ‘kantung’ kering, presidennya, Datuk Seri Shahidan Kassim sanggup mencagarkan simpanannya bagi membolehkan PFA melangsaikan tunggakan caruman persatuan itu kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500,000.

Presiden PFA itu berkata KWSP bersetuju dengan kaedah pembayaran ansuran tunggakan tersebut selama dua tahun dan pembayaran pertama akan bermula bulan ini.

Persetujuan antara PFA dan KWSP itu dicapai selepas Shahidan, bekas Menteri Besar Perlis mengadakan perbincangan dengan pegawai KWSP di Kangar semalam.

Ketika ditemui di pejabat KWSP Perlis, Shahidan menjelaskan bahawa dia telah mencagarkan simpanannya sepanjang tempoh pembayaran tunggakan caruman itu.

Sebelum ini PFA dikatakan bakal muflis sekiranya disaman KWSP ekoran kegagalan persatuan itu membayar caruman pemain.

Shahidan berkata, dia kini lebih selesa dengan aturan pembayaran ansuran itu dan kini memberi tumpuan kepada usaha melangsaikan bayaran gaji pemain yang tertunggak sejak tiga bulan lalu.

Katanya, bayaran gaji untuk bulan Julai akan diselesaikan minggu ini manakala tunggakan gaji bagi Ogos dan September akan dibayar kemudian.

“Tumpuan skuad Singa Utara musim ini adalah untuk menjulang Piala Malaysia dan masalah yang timbul ini tidak sesekali melemahkan semangat pasukan itu untuk mencapai matlamat sebenar,” katanya. – Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2008 12:31 PM | Show all posts

Reply #8 jofizo's post

boooo shahidan, carik publisiti murah
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 02:40 PM | Show all posts
paper metro arini.....pengurusan kedah dulu songlapkan duit.....sakit ati aku dengar.......mmg haprak btul pengurusan kfa yg dedulu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.072587 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list