View: 695|Reply: 8
|
[Dunia]
Pakar bedah didakwa keluarkan jantung banduan ketika masih hidup
[Copy link]
|
|
AKTIVIS melakukan demonstrasi di luar Istana Belem di Portugal bagi menentang aktiviti pengambilan organ. – Corbis/Getty
Pakar bedah didakwa keluarkan jantung banduan ketika masih hidup
CANBERRA – Satu kajian baharu di Australia mendedahkan bahawa doktor-doktor bedah mengeluarkan jantung dan paru-paru banduan hukuman mati di China ketika mereka masih hidup, lapor portal berita MailOnline kelmarin.
Kajian oleh Universiti Nasional Australia (ANU) yang meneliti beribu-ribu kertas perubatan dari China itu sekali gus telah membongkar rahsia yang mengejutkan berkaitan pemerdagangan organ manusia.
Penyelidikan yang diterbitkan dalam American Journal of Transplantation itu mendapati punca kematian banduan yang disahkan adalah tidak selari dengan prosedur perubatan yang disenaraikan di 56 hospital seluruh China.
Sebaliknya ia mendakwa bahawa jantung-jantung banduan telah diambil dari badan sebelum mereka mengalami keadaan mati otak untuk diberikan kepada penerima melalui proses pemindahan.
Penyokong hak asasi manusia berkata, bukti baharu yang semakin bertambah itu memperincikan mengenai situasi mengerikan bagi pembunuhan di China. Ia dikatakan terlalu mengerikan untuk dipercayai.
Seorang penyelidik dari ANU, Matthew Robertson berkata, kajian berkenaan adalah penyelidikan komprehensif pertama yang mendedahkan mengenai kegiatan aktif pakar-pakar bedah di China.
Menurut penyelidik, penemuan tersebut menunjukkan bagaimana proses pelaksanaan hukuman mati terhadap banduan boleh ‘berubah’ daripada menggunakan skuad penembak di padang ke bilik pembedahan.
“Pakar-pakar bedah dijadikan sebagai orang yang melaksanakan hukuman mati dan kaedah itu adalah dengan mengeluarkan jantung banduan. Pembedahan itu sangat menguntungkan bagi doktor dan hospital yang menjalankannya,” kata penyelidik.
Pembedahan itu dikatakan dijalankan terhadap banduan yang dijatuhi hukuman mati dan dipenjarakan kerana mempunyai pegangan agama atau politik yang tidak diterima oleh negara. – AGENSI
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... ketika-masih-hidup/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
harap kat malaysia boleh buat macam ni.kalau kena hukuman mati semua organ boleh di tuai...baru la mat pet dan pengedar tak berani buat onar |
|
|
|
|
|
|
|
Ok je kan camtu, banduan2 tu tetap mati juga regardless... at least boleh harvest jantung, hati buah pinggang etc daripada pakai jantung babi |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti penerima ada inclination nak buat mcm banduan tu waktu banduan tu masih hidup |
|
|
|
|
|
|
|
Sebentar lagi para penjilat tok peh kung komunis akan berteriak "Ini semua bohong! Orang putih dengki dengan Cina!" |
|
|
|
|
|
|
|
kalo sume orang sign up as organ donor takdenye benda2 gini dan organ trafficking jadi. manusia mmg selfish. |
|
|
|
|
|
|
|
hukuman ganas mcm ni bagus, mengelakkan manusia membuat jenayah |
|
|
|
|
|
|
|
#Acap
Aku pecaye sangat kes dia begitu sebab dia runner & sehat. |
|
|
|
|
|
|
|
Pembedahan itu dikatakan dijalankan terhadap banduan yang dijatuhi hukuman mati dan dipenjarakan kerana mempunyai pegangan agama atau politik yang tidak diterima oleh negara.
Korang ada baca part ni tak sebelum komen?
Ntah2 ummah Uighur yang kena. Ha.
Akak baru nak sokong sebab ingatkan pedo ka, rapist ka yang kena. Rupa2nya banduan sebegini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|