Kinder Surprise dikhuatiri menjadi punca jangkitan salmonella dalam kalangan kanak-kanak di Britain. - PA
Produk Kinder Egg Britain ditarik dari pasaran
LONDON – Agensi Piawaian Makanan (FSA) Britain memperluaskan penarikan semula beberapa produk selepas coklat Kinder Surprise dipercayai menjadi punca jangkitan bakteria salmonella dalam kalangan kanak-kanak, lapor akhbar Metro UK, semalam.
Selain Kinder Surprise, beberapa produk coklat seperti Kinder Mini Egg, Kinder Egg Hunt Kit dan Kinder Schokobons juga dikhuatiri tercemar.
Penarikan semula itu berlaku selepas lebih 60 kes salmonella di Britain dikaitkan dengan Kinder Egg Surprise. Syarikat itu mengeluarkan kenyataan amaran berhubung perkara tersebut awal minggu ini.
Sekitar 40 daripada kes keracunan makanan itu melibatkan kanak-kanak berumur lima tahun dan ke bawah tetapi tiada kematian dilaporkan, demikian menurut FSA.
Semua coklat yang ditarik balik itu memiliki tarikh luput dari 20 April 2022 sehingga 21 Ogos 2022. – Agensi
Post time 7-4-2022 08:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ini yg kat europe ditarik balik.. acaner ngan yg dh kene eksport ke luar?? Jadi kena take note jelah tarikh luput tu kalo nak beli produk kinder yg disebut tu