View: 1784|Reply: 15
|
Selamba Separuh Bogel Keliling Kuala Terengganu
[Copy link]
|
|
Foto memaparkan dua individu dipercayai pelancong asing menunggang motosikal dalam keadaan separuh bogel di pusar bandar Kuala Terengganu tular di media sosial.
Rata-rata netizen mempertikaikan tindakan itu, malah ada yang menyifatkan ia sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang kini menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadan.
Kedit foto: mStar
Perbuatan penunggang lelaki mengenakan hanya seluar pendek manakala pembonceng wanita hanya berpakaian dalam itu berjaya dirakam pengguna jalan raya di Jalan Tok Lam sebelum gambar itu tular di media sosial sejak tengah hari Rabu.
Bagaimanapun hari dan waktu gambar itu dirakam tidak dapat dipastikan.
Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri memandang serius perkara itu dan akan mengambil langkah penguatkuasaan yang lebih tegas pada masa akan datang.
Katanya, bahagian Jawatankuasa Dakwah dan Pelaksanaan Syariah akan menyiasat perkara itu bagi memastikan sama ada ia pertama kali atau pernah berlaku sebelum ini.
"Kita kesal dengan apa yang berlalu kerana ia telah mencemar imej negeri Terengganu. Kerajaan tidak akan membiarkan ia berleluasa.
"Kita akan kenal pasti latar belakang individu itu sama ada mereka merupakan pelancong yang pernah sampai atau belum pernah ke Terengganu.
"Jika pelaku merupakan pelancong asing dan tidak tahu peraturan, kerajaan negeri akan menguatkuasakan garis panduan agar mereka ini mendapat maklumat yang jelas apa yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan di negeri ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Mengulas lanjut, Ariffin berkata, garis panduan mengenai sensitiviti masyarakat negeri ini telah lama dikuatkuasakan termasuk terhadap pelancong asing yang mengunjungi kawasan peranginan di Terengganu.
"elancong asing di pulau-pulau dinasihati mematuhi garis panduan sedia ada iaitu tidak boleh memakai pakaian tidak sopan atau berbikini di tempat terbuka atau di lokasi awam.
"Saya rasa perkara ini sudah dijelaskan secara menyeluruh dan sudah lama dipraktikkan dan diketahui umum. Sebagai pelancong mereka sepatutnya sensitif terhadap perkara ini," katanya.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Da namanye kafir
Korg jugak yg rindu nak tgk omputih n duit diorg |
|
|
|
|
|
|
|
Pelancong asing warganegara mana ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Idris Al-Jusohi, Islam Hadhari tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Kepok lekor tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Mabuk puding buih. |
|
|
|
|
|
|
|
angkut naik draw bridge then humban dua ekor ni ke sungai. biar mereka berenang2 ke tepian. dah masuk tempat orang pandai2 nak buat onar... laknat punya pelancong..... |
|
|
|
|
|
|
|
abisla KT dilanda tsunami pasni |
|
|
|
|
|
|
|
mereka ingat malaysia mcm thailand barangkali |
|
|
|
|
|
|
|
dia ingat boleh sama macam kat langkawi kot..
kat langkawi kan biasa dorang meronda satu pulau gitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lain kali pergi Thailand. |
|
|
|
|
|
|
|
bakpe gambor pixelated?
dop sohih weh telanjang ke dop.
|
|
|
|
|
|
|
|
so kene tangkap masuk lokap ke x? |
|
|
|
|
|
|
|
feeling2 kat krabi/phuket lettewwww |
|
|
|
|
|
|
|
Geng terlepas kadang ler tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|