View: 756|Reply: 6
|
Ibu Kata Bayi Nampak Kelaparan- Umur Baru Lima Bulan Dah Makan Biskut, Kunyah Makanan Pejal
[Copy link]
|
|
London: Usianya baru lima bulan, namun bayi ketiga terbesar di Britain ini bukan hanya perlu memakai pakaian lebih besar berbanding usianya, malah dia sudah boleh mengunyah makanan pejal.
Alpha Stone Mitchell yang dilahirkan dengan berat 6.35 kilogram, secara pembedahan Oktober lalu, membesar pantas berbanding usia rakan sebayanya.
Ibunya Cherral Mitchell, 31, dari Oxfordshire berkata, perkembangan drastik tidak selari pembesaran bayi biasa, sebaliknya anak lelakinya itu seakan 'melangkau' terus ke peringkat usia tiga hingga enam bulan.
Foto: Agensi
Ibu yang memiliki anak lain berusia satu hingga lima tahun itu berkata, Alpha juga sudah mula makan bubur serta biskut bayi berbanding waktu yang ditetapkan enam bulan ke atas.
"Kami cuma mula perkenalkan bubur bayi kerana dia nampak macam kelaparan pada waktu pagi.
"Walaupun belum sampai enam bulan lagi, ia tidak menjejaskan sistem penghadaman," katanya memetik laporan portal Metro UK.
Katanya, disebabkan Alpha tinggi, dia perlu duduk di kerusi kereta hingga ramai tersilap menyangka dia kembar kakaknya yang berumur setahun, Twyla-Bay.
"Saya tidak pernah ada anak seberat dia ketika dilahirkan.
"Doktor percaya ini adalah disebabkan oleh diabetes yang saya hidapi ketika hamil," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
terpulanglah sis. anak memasing ken |
|
|
|
|
|
|
|
Baru 5 bulan dh makan.. kalau mcm tu xleh challenge org msia la.. ada sorg tu, baby lahir dh bg makan.. bila org kecam dia kata anak dia.. last2 remove video.. xtau la jd ape kat baby dia skang.. tgh makan chickenchop agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
mak dia sendiri bagi makan ikut suka mak dia la. anak dia bukan anak org lain pon. at least dia dpt kan juga advice doktor |
|
|
|
|
|
|
|
kesian budak ni.membesar dengan pantas.filem cerita mat saleh .manusia masa depan hidup umo 30 tahun je..umo 30 masing masing dah tua . |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi betul la kata pakar pediatric, bayi tak semestinya kena tunggul betul2 6 bulan untuk bagi makan. Bila tubuh bayi tu kalau baru 4-5 bulan tapi size macam 9-10 bulan, makna body bayi tu dah ready untuk makan. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam anak orang dulu2. Baby tak sampai sebulan dua dah pi suap nasik campo air demi kelansungan hidup. |
|
|
|
|
|
|
| |
|