CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 469|Reply: 1

[Tempatan] Penjawat awam P. Pinang dapat bonus raya RM1,200, setengah bulan gaji

[Copy link]
Post time 14-4-2022 12:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 14-4-2022 12:31 PM

Penjawat awam P. Pinang dapat bonus raya RM1,200, setengah bulan gaji



Oleh SAFINA RAMLI
14 April 2022, 12:20 pm

GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,200 kepada anggota perkhidmatan awam negeri itu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pemberian pada 27 April itu juga dipanjangkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri.  

“Dalam pada itu, BKK berjumlah RM300 masing-masing disalurkan kepada penyelia dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR), guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR), kakitangan SRAR, SMAR serta sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) dan guru serta kakitangan sekolah persendirian Cina negeri Pulau Pinang.

“Selain itu, BKK berjumlah RM200 adalah masing-masing kepada guru tahfiz, guru pondok serta guru tadika Islam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Kon Yeow, BKK yang bakal membabitkan implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM7.35 juta kepada kerajaan negeri itu adalah sebagai penghargaan khas kepada semua penjawat awam yang mencurahkan segala keringat dalam menempuh tempoh pandemik Covid-19 sebelum ini.

“BKK ini juga sebagai persediaan menyambut Syawal yang lebih bermakna pada tahun ini,” katanya. – UTUSAN

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2022 09:06 AM | Show all posts
Kelantan Darul Balak dapat berapa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.037812 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list