CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: LoveSungmin

[Jenayah] 4 sekeluarga parah ditetak ketika mahu berbuka puasa Update #48 Dipenjara 15 tahun, 8 sebatan

[Copy link]
Post time 19-4-2022 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
xAthenax replied at 19-4-2022 06:04 AM
When my daughter got married in the midst of the lockdown
1 jer kaka sempat ajar dia, JANGAN JADI  ...

Teringat pula perempuan2 yang bangga gila jadi superwomen pasang wainscoting and cat rumah masa first lockdown tu. Tulis kat fb group pula tu. Iols baca separuh jer lepas tu terus cakap dalam hati, gila apa masa pregnant pun nak tunjuk kuat. Laki kau mana dek???? Tengah gentel telur depan tv kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2022 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 16-4-2022 08:20 PM
Kat fb, ada yg komen kot2 bini ka makmertua ka yg duk bebel2...
Tak kira la org duk bebel2 kt ko, ak ...

Bukan taknak kapak mak mentua sissss…. Tapi tak larat kedrat perempuan khennnn, sister oi….
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 12:17 PM | Show all posts
pd akulah law bagi org gila atau mabuk tetap di hukum setimpal atau dibakar terus baru lah tak berlaku lagi/

ada kesah asik2   kena haiteria  sekali dibogel lepas tu tak pernah kena lagi
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 16-4-2022 07:54 PM
Dekat2 nak berbuka
Terok sangat ke lapaunya
Ke tak dapat beli nasi cep arab tu

Teringat kes polis or askar yg kena tembak kat rumah kawan masa dah dekat nk berbuka. Kat sabah or srwk dulu. Sbb main game kot. lapar sgt agaknye.. jd hilang sabar
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 01:24 PM | Show all posts
nanies replied at 19-4-2022 11:22 AM
jiran sebelah umah ai pun ada depresi. pastu mengamok dr maghrib sampai kul 1am.
kita ni kemain taku ...

haritu aku dengar jiran depan umah terjerit2...
aku nampak apek nebor pegang kayu pukul2..
ada 2 aso, dorang la yg menjerit rupanya...
ingatkan aso tu kena pukul...
rupanya anjing aso A serang anjing aso B...gigit x lepas...
rupanya apek tu hempuk anjing yg bergaduh tu...
then aku nampak salah sorang aso tu seret anjing dia...
dah selamat lah agaknya tu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
rimas kot mak mentua n adik ipar menempel x reti2 nak berambus...

org nk suap anak bini pn bercatu zaman2 gawat ni, dh dtg lg penumpang2 x di undang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2022 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Johor byk kes pelik2
Sbb Byk boyan ke apa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2022 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemandu lori tetak 4 ahli keluarga dipenjara 15 tahun, 8 sebatan
Omar Ahmad
[email protected]

Kota Tinggi: Pemandu lori dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Tinggi di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan mendatangkan cedera parah terhadap empat ahli keluarga pada 14 April lalu.

Tertuduh, Mohd Hadi Hashim, 38, mengaku faham dan membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Norsiah Ujang selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan.

Norsiah menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara dengan dua sebatan bagi setiap pertuduhan dengan hukuman penjara dijalankan secara serentak bermula tarikh tangkapan pada 20 April lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mendatangkan cedera parah dengan menggunakan senjata parang panjang terhadap ibu mentuanya, Puasa Yasik, 57.

Tertuduh juga didakwa melakukan kesalahan sama bagi pertuduhan lain membabitkan isterinya, Norwahida Rosli, 33; adik ipar perempuan, Norwadiha Rosli, 32, dan adik ipar lelaki, Mohamad Amirul Iskandar Kamaruzaman, 16.

Mohd Hadi didakwa melakukan kesemuan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Siakap 5, Kampung Sedili Kecil di sini, pada 7.45 malam 14 April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK) dan dibacakan bersama mengikut Seksyen 326 (A) KK.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 326 KK, ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Untuk Seksyen 326 (A) KK pula boleh dihukum penjara bagi suatu tempoh dua kali ganda dari tempoh maksimum, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Irsyad Mardi, manakala tertuduh diwakili Nurshuhadah Mahzan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa mencederakan ibu mentua terlebih dahulu dengan menekup muka mangsa sebelum wanita itu berjaya melepaskan diri, namun tertuduh mengambil parang panjang berukuran 79 sentimeter dan menetak kepala mangsa.

Tertuduh turut menyerang adik ipar perempuan yang cuba membantu ibu mentuanya dan kemudiannya tertuduh menyerang adik ipar lelakinya yang ketika itu cuba menghubungi pihak berkuasa sebelum menyerang isterinya yang bersembunyi di bilik.

Tertuduh kemudiannya bertindak melarikan diri menggunakan kereta Honda Accord.

Sementara itu, dalam hujah rayuannya, Nurshuhadah memaklumkan tertuduh mohon hukuman penjara diringankan dengan kadar paling minimum dan jika boleh berjalan serentak.

Menurutnya, kejadian berkenaan dipercayai berpunca akibat tertuduh yang hilang pertimbangan kerana sering diasak ibu mentua berkaitan dengan wang berjumlah RM4,000.

"Akibat daripada keletihan kerana baharu pulang bekerja, tertuduh bertindak sedemikian yang mana merupakan perkara yang disesalinya sebelum menyerah diri secara sukarela di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai pada 20 April lalu," katanya.

Bagaimanapun, Muhammad Irsyad meminta agar mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal ke atas tertuduh kerana perkara itu membabitkan nyawa, selain faktor kepentingan awam yang lebih mustahak daripada kepentingan peribadi tertuduh.

Disiarkan pada: April 26, 2022 @ 12:47pm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.096668 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list