CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1441|Reply: 9

[Tempatan] Harga Tambang Kapal Terbang Ke Sabah Tiba-Tiba Turun.Hanya gimik?

[Copy link]
Post time 17-4-2022 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 17-4-2022 05:55 PM

KUALA LUMPUR : Hanya selepas kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan mengarahkan Su­ruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) menjalankan siasatan mengenai kenaikan harga tambang sempena Aidilfitri ini, harga tiket khususnya ke Sabah menurun secara drastik menyaksikan purata kurang daripada RM1,000 sehala.

Kelmarin, semakan Utusan Malaysia menerusi laman sesawang rasmi bagi dua syarikat penerbangan tempatan, Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia mendapati, harga tambang kapal terbang melonjak 20 kali ganda berbanding harga asal antara RM1,800 hingga hampir RM4,000 sehala.

Semakan semalam pula mendapati, harga tiket penerbangan untuk perjalanan tiga hari sebelum 3 Mei ini sudah berubah, menyaksikan harganya jauh lebih rendah namun masih berada pada kadar berbeza-beza mengikut kelas dan jadual penerbangan.

Bagi penerbangan menggunakan AirAsia pada 1 Mei ini, harga tiket dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Tawau dikenakan antara RM579 hingga RM990, diikuti 2 Mei sebanyak RM449 hingga RM519 manakala 3 Mei lebih murah iaitu RM319 hingga RM469.

Walhal, sebelum ini, harga tiket pada waktu sama bermula dari RM649 hingga RM1,149 dan masa penerbangan hanya mengambil masa kurang daripada tiga jam.

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu bagi tempoh sama menjelang hari raya menyaksikan harga tambang dikenakan antara RM359 hingga RM939 (1 Mei), RM259 hingga RM559 (2 Mei) dan RM259 hingga RM319 (3 Mei).

Sementara itu, harga tambang ke kedua-dua destinasi tersebut menggunakan MAS turut menunjukkan penurunan, contohnya ke Tawau, caj dikenakan antara RM537 hingga RM2,471, sedangkan sebelum ini, syarikat penerbangan berkenaan me­ngenakan harga RM1,892 hingga RM3,781.36.

Selain itu, untuk destinasi ke Kota Kinabalu, MAS menge­nakan caj harga antara RM523 hingga RM2,118 bergantung kepada kelas penerbangan dan tempoh masa yang dijadualkan.

Bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Sarawak menggunakan AirAsia, caj dikenakan antara RM159 hingga RM269 sedangkan semakan semalam mencecah sehingga lebih RM300 manakala pesawat MAS pula berharga RM249 hingga RM450 untuk penerbangan kurang daripada satu setengah jam.

Dalam pada itu, destinasi dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru menyaksikan harga purata penerbangan termurah iaitu RM59 hingga RM99 (AirAsia) dan RM161 hingga RM418 (MAS). Bagaimanapun, harga tersebut tidak tetap dan akan berubah pada bila-bila masa.

Penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang turut menyaksikan tiket pener­bangan rendah iaitu antara RM79 hingga RM150, dan MAS bermula RM106 hingga RM330 dalam tempoh tiga hari sebelum 3 Mei ini.

Destinasi dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan pula pada waktu sama menyaksikan harga tambang kapal selama satu jam lima minit bermula dari RM119 hingga RM369.

Namun, secara puratanya masih berada di bawah paras RM800 sedangkan sebelum ini ia mencecah lebih daripada harga tersebut.

Utusan Malaysia Jumaat lalu melaporkan, harga tambang terutama ke Sabah melonjak 20 kali ganda atau 2000 peratus dari harga asal yang disifatkan ‘mencekik darah’.

Rentetan itu, Menteri Pe­ngangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong mengarahkan Mavcom dan syarikat terbabit melakukan siasatan menyeluruh berhubung isu kenaikan harga tambang kapal terbang pada musim perayaan.

Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Dr. N. Marimuthu menyifatkan, tindakan syarikat penerbangan me­nurunkan harga pada saat akhir hanya gimik semata-mata.

Beliau musykil mengapa penyedia perkhidmatan itu tidak meletakkan harga rendah sejak dari awal sekali gus membolehkan orang ramai merancang kewangan mereka untuk me­nyambut perayaan tidak lama lagi.

“Mana ada dalam sejarah negara syarikat penerbangan menurunkan harga tiket secara mendadak tanpa sebarang punca. Ini semua disebabkan kemarahan rakyat, jadi untuk meredakan keadaan, mereka terpaksa me­nurunkan harga. Kenapa tidak turunkan sahaja sebelum ini?

“Walaupun mereka sudah turunkan harga tiket, kami tetap akan menghantar surat kepada Perdana Menteri, Isnin ini untuk suarakan isu harga tiket naik. Bukan sahaja kapal terbang, malah melibatkan pengangkutan darat dan harga barang-barang asas lain,” katanya ketika dihubungi.  – Utusan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2022 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh pulak turun ek.. yg da beli tiket harga seribu mcm mane..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
trn pun still expensive...balek sorang boleh lah..patut masa ni la bagi promosi


Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah beli tiket rm2k+ dari bulan 2 lgi
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
depa pakai konsep pokcik teksi dedulu ka..."nanti pokcik balik 0..xde orng naik"???
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 08:24 PM | Show all posts
tiket kapal terbang software (AI la kot sekarang) yang kawal, komputer akan "tawar menawar" harga tanpa buat pelanggan lari berbanding bilangan tempat duduk. Means kalau ada 500 orang nak naik flight, AI akan cuba up harga 100 seat yang ada hingga 100 orang je yang masih mampu dan masih nak beli, baki 400 orang lagi ape AI kesah not my customer gitu. Ni tetibe turun mungkin ada intervensi dari staff dah bung haritu start komplen kan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2022 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru hari tu I check KL - Sabah ada juga 200+. Ni pakat letak 400+ plak. Maybe sebab weekend. Kot dapat tengok kebiruan laut di Sabah after Raya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 17-4-2022 08:24 PM
tiket kapal terbang software (AI la kot sekarang) yang kawal, komputer akan "tawar menawar" harga ta ...

Menteri dah bersuara…. Sbb tu la kalu x Tel Aviv la jawapnye!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2022 08:17 AM | Show all posts
Lagubestbest replied at 17-4-2022 08:24 PM
tiket kapal terbang software (AI la kot sekarang) yang kawal, komputer akan "tawar menawar" harga ta ...

Buat macam auction la lagi senang. Ko nak beli ko bid. Seat ada seratus ja

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 11:40 AM | Show all posts
guna duit kwsp 10k tulah jawabnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.158139 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list