View: 1039|Reply: 6
|
[Dunia]
Jangan tanggal 'mask' di tandas awam, ini sebabnya....
[Copy link]
|
|
BANGKOK – Satu kajian terbaharu mendapati bahawa individu yang tidak memakai pelitup muka dalam tandas awam adalah 10 peratus lebih berisiko untuk dijangkiti Covid-19, lapor laman Thaiger, kelmarin.
Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan Chulabhorn, Bangkok itu mendapati, risiko meningkat kepada hampir 100 peratus jika orang yang dijangkiti Covid-19 benar-benar batuk atau bersin di dalam tandas.
Bagaimanapun, kajian itu mendakwa jika kedua-duanya memakai pelitup muka N95 atau pembedahan, risikonya hanya 0.01 peratus.
Kini, para penyelidik memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menanggalkan pelitup muka ketika berada di tandas awam.
Pensyarah Fakulti Perubatan Tropika Universiti Mahidol, Thammanitchpol Denpetkul, memberitahu bahawa terdapat beberapa jenis pelitup muka yang jauh lebih berkesan daripada yang lain.
“Sesetengah pelitup muka jenis kain mungkin tidak cukup baik untuk melindungi daripada virus Covid-19 tetapi jika seseorang menggunakan pelitup N95 dan memakainya dengan betul, risikonya adalah satu daripada 100,000,” jelas Thammanitchpol. – Agensi
https://www.kosmo.com.my/2022/04/17/jangan-tanggalkan-pelitup-muka-dalam-tandas-awam/
|
|
|
|
|
|
|
|
10 persen itu boleh dikifarohkan dengan meminum 3 cawan kopi setiap hari. |
|
|
|
|
|
|
|
i suka pakai mask dalam tandas awam.. kurang sikit terbau yang kurang menyenangkan |
|
|
|
|
|
|
|
ada tak tips untuk keluarkan kahak pagi2, nanti masuk tandas awam dapat berkahak kuat sikit, baru jantan ni pagi2 bangun je tak rasa hidung tekak tersumbat. |
|
|
|
|
|
|
|
LoveSungmin replied at 18-4-2022 11:44 AM
i suka pakai mask dalam tandas awam.. kurang sikit terbau yang kurang menyenangkan
Betul2…kat tandas awamm laa lagi nak pakai mask |
|
|
|
|
|
|
|
yg penting cop sirim...kita dh bl byk2 sx nk cop sirim pl...nk claim teraniaya ke mcm mn ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|