View: 1343|Reply: 9
|
[Tempatan]
Derita perut penuh air, pinggang jadi 78 inci. Moga dipermudahkan segala urusan
[Copy link]
|
|
Derita perut penuh air, pinggang jadi 78 inci
https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... ggang-jadi-78-inci/
Oleh ABDUL RAZAK IDRIS
18 April 2022, 10:00 am
AHMAD SHAHRUL NIZAM kini tidak mampu berjalan selepas diserang penyakit misteri sejak tujuh tahun lalu ketika ditemui di rumahnya di Klang semalam.
KLANG – Seorang bekas pekerja pengendali peralatan kontena di Pelabuhan Utara menderita penyakit misteri sejak tujuh tahun lalu yang menyebabkan perutnya dipenuhi air dan membesar sehingga ukur lilit pinggang melebihi 200 sentimeter (78 inci).
Ahmad Shahrul Nizam Nayan, 54, yang tinggal di Kampung Nelayan Teluk Gong berkata, penyakit itu menyebabkan dia hanya mampu terbaring di katil kerana sudah tidak mampu berdiri seperti sebelum ini.
“Selepas disahkan tidak sihat oleh Lembaga Perubatan tujuh tahun lalu, saya tidak bekerja lagi dan dalam masa yang sama perut terus membesar hingga berat badan daripada 90 kilogram (kg) kini mencecah 216kg dalam masa tujuh tahun.
“Apabila diserang sesak nafas sememangnya menjadi masalah untuk saya masuk ke dalam ambulans hingga menyebabkan kenderaan bomba datang menghantar saya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR),” katanya ketika ditemui semalam.
AKIBAT menderita perut dipenuhi air, ukuran pinggang Ahmad Shahrul Nizam kini mencecah 78 inci.
Lelaki itu yang dijaga isterinya, Rahayu Abdul Malik, 52, berkata, dia mendapat pencen ilat RM1,400 dan bantuan perubatan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebanyak RM400.
Katanya, pendapatan sebanyak itu tidak dapat menampung kos perubatan, sewa beli rumah, makanan seharian dan bil utiliti.
“Bantuan yang saya perlukan adalah untuk menampung kos perubatan, peralatan rawatan melecet kulit dan lain-lain ubat yang melebihi RM900.
“Buat masa ini saya terpaksa berjimat cermat bagi meneruskan kehidupan. Baru-baru ini kami menjadi mangsa banjir yang menyebabkan kerugian ribuan ringgit membabitkan perabot dan kerosakan kenderaan,” katanya.
Ujarnya, anak-anaknya, Mohd.Hazrin Shah, 31; Siti Nur Syafinaz, 30, dan Mohd. Aminuddin Shah, 29, hanya bekerja sebagai kakitangan swasta dengan pendapatan sederhana dan mempunyai komitmen masing-masing.
Tambahnya, doktor pernah mencadangkan pembedahan bariatrik atau memotong usus tetapi risikonya tinggi kerana dia kini menghidap kencing manis.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan bantuan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 10104-41-00010574-7 atas nama Ahmad Shahrul Nizam Nayan atau menghubunginya di talian 012-2087765. -KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekali tengok macam punggung.
|
|
|
|
|
|
|
|
penyakit ape ye. busung ke ape? Ya Allah, semoga ada pihak yg mbantu meringakan beban pakcik ni.... kesiannya dia x blh bgerak utk cari rezeki |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah..ujian masing2....semoga dipermudahkan ya pakcik.. |
|
|
|
|
|
|
|
kakak aku ada masalah jantung...
ada masa air berlebihan dlm badan..kaki bengkak...
doc bagi ubat utk kluarkan air thru kencing..
mcm ni xde ubat ke..
kesian |
|
|
|
|
|
|
|
Ada kawan kena macam nie ..dok sepital sebulan tiada result ,pegi rawatan tradisional jumpa ustaz ..lepas tu ustaz tu suruh jumpa doktor ,penyakit tu dapat di kesan or by time penyakit dapat dikesan. Buah pinggang dia problem and now dialysis. Dah Tak kembung air dah. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya pakcik ni. nk bgerak pun ssah. hrap ade rwatan yg ssuai |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa dr suggest buat potong usus? |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk dapat pencen ilat kena ada report hospital. Kena ada interview panel doktor kan? Mesti ada nama penyakitnya tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|