CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 337|Reply: 0

[Dunia] Campur tangan NATO burukkan konflik Rusia-Ukraine

[Copy link]
Post time 18-4-2022 10:17 AM | Show all posts |Read mode
Campur tangan NATO burukkan konflik Rusia-Ukraine

https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... flik-rusia-ukraine/

Oleh KOSMO!
18 April 2022, 10:09 am


ANGGOTA penyelamat meninjau serpihan runtuhan bangunan yang musnah akibat dibom di Kharkiv, kelmarin. - AFP

BRUSSELS, BELGIUM – Campur tangan berterusan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dalam peperangan antara Rusia dan Ukraine hanya akan memburukkan lagi konflik tersebut serta menggugat keselamatan di rantau itu, lapor agensi berita Xinhua kelmarin.

Penganalisis berkata, NATO tidak mengendahkan kembimbangan yang disuarakan Rusia ke atas isu-isu keselamatan di rantau itu, sebaliknya mengembangkan lagi konflik di Ukraine.

Menerusi pelbagai bantuan senjata, penempatan sejumlah besar tenteranya di Eropah timur serta menyambut baik hasrat Sweden dan Finland untuk menyertai pakatan itu, NATO dilihat terlalu banyak campur tangan dalam konflik tersebut.

Menurut Xinhua, sebelum peperangan tersebut, NATO menempatkan satu pasukan tempur di setiap negara Baltic iaitu Estonia, Latvia dan Lithuania serta Poland, selain melaksanakan mekanisme penggiliran dengan tentera garison tidak tetap di situ.

Bagaimanapun, NATO telah menggandakan saiz tentera di keempat-empat negara berkenaan serta mengumumkan pasukan-pasukan tempur baharu di Bulgaria, Hungary, Romania dan Slovakia pada persidangannya bulan lepas.

“Pakatan ini sedang berada di tengah-tengah transformasi asas yang akan memberi kesan jangka panjang kepada operasi ketenteraan Rusia,” kata Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg.

Selain itu, Stoltenberg turut mengulangi bahawa NATO mengalu-alukan Finland dan Sweden sekiranya mereka ingin menyertai pakatan tersebut.

Sebilangan penganalisis menyatakan bahawa sekiranya NATO terus mencetuskan kemarahan Rusia dengan menerima ahli baharu, konflik di rantau itu akan menjadi semakin buruk.

“Langkah pengembangan seterusnya dari NATO termasuk menerima Finland dan Sweden ke dalam pakatan itu tidak akan mengukuhkan keselamatan di Eropah.

“Pakatan itu sebenarnya hanyalah satu medium untuk memburukkan persengketaan dan bukannya pakatan untuk membawa kepada keamanan dan kestabilan,” tegas Setiausaha Akhbar Presiden Vladimir Putin, Dmitry Peskov. – AGENSI

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.031793 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list