View: 995|Reply: 10
|
[Tempatan]
Pengguna e-skuter pulak buat hal, perlu dapatkan lesen
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 18-4-2022 11:02 PM
PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan memaklumkan sebarang penggunaan terhadap skuter elektrik atau e-skuter perlu mendapatkan lesen.
Menurut menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong pelaksanaan lesen itu dikenakan kepada kedua-dua pihak iaitu pengguna mahu pun pembekal produk berkenaan.
“Kedua-dua kita akan laksanakan lesen, kalau dia nak bekalkan kena melalui pengendali lesen dan cukai, kita nak semak spesifikasi, nama sahaja e-bycycle tapi dia punya kelajuan macam motosikal. Kita kena tengok tidak boleh berpandukan kepada nama sahaja.
“Ada yang pakai nama lain tapi kita lihat fungsinya dan takrifan kita tentang mikro mobiliti kesemua kena lihat kerana ini menjadi satu trend kebanyakan tempat.
“Kalau berada di kawasan yang sunyi dan kelajuan sangat tinggi, dia tidak akan dapat kawal. Ini akan berlaku nahas, jadi kita ada ada undang-undang dan gubal tapi sekarang masuk kepada peraturan kecil,” katanya ketika melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu Hari Raya Aidilfitri peringkat kebangsaan di Kompleks Perbadanan Putrajaya hari ini.
Hadir sama adalah Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.
Ka Siong diminta mengulas mengenai laporan MalaysiaGazette hari ini dimana terdapat aktiviti penggunaan e-skuter oleh sekumpulan penggunaan secara berbahaya di Taman Tasik Perdana Cyberjaya.
Tinjauan MalaysiaGazette malam tadi mendapati, kebanyakan penunggang e-skuter berkenaan tidak menghiraukan keselamatan mereka dan pengguna jalan raya yang lain.
Jelas Ka Siong, penggunaan kenderaan elektrik seperti e-skuter adalah termaktub dalam pindaan Akta 333 Akta Pengangkutan Jalan 1987 pindaan 2020.
Pindaan itu, katanya, merangkumi semua aspek kenderaan yang digolongkan di bawah kenderaan mikro mobiliti yang mempunyai peraturan kecil mengenai spesifikasi kenderaan tersebut.
“Kita kena perhalusi setiap satu dan pendekatan sudah dibuat berkali-kali kerana jumlah mikro mobiliti ini banyak.
“Nama macam e-bycycle tapi bukan basikal. Kelajuan dia jauh lebih tinggi tak gunakan padel break dan kita kena lihat setiap satu supaya kita tidak terlepas pandang.
“Definisi kena jelas dan kesemua akan dibuat melalui satu peraturan kecil dan kita kena kawal,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
https://malaysiagazette.com/2022/04/18/penggunaan-e-skuter-perlu-ada-lesen-ka-siong/
|
|
|
|
|
|
|
|
Ejaan moden emang jadi e bycycle ke dekkkkk!??? Eeeee rengsa akak nok sis! |
|
|
|
|
|
|
|
Basikal lajak tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Jalan kampung pun dibantainya bawak tengah jalan. Gila. |
|
|
|
|
|
|
|
MissVixen replied at 18-4-2022 10:33 PM
Jalan kampung pun dibantainya bawak tengah jalan. Gila.
Memang. Annoying sangat. Sama gak dgn atv tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 18-4-2022 10:36 PM
Memang. Annoying sangat. Sama gak dgn atv tu.
Betul. Patut haramkan terus. Gila bawak perlahan tengah jalan raya. Yang bawak di kampung ni dah la acik, opah2, atuk2. Kadang2 hon tak dengar. |
|
|
|
|
|
|
|
“Nama macam e-bycycle tapi bukan basikal. Kelajuan dia jauh lebih tinggi tak gunakan padel break dan kita kena lihat setiap satu supaya kita tidak terlepas pandang.
uni - SATU - unicycle - BASIKAL SATU TAYAR
bi - DUA - bicycle - BASIKAL DUA TAYAR
tri - TIGA - tricycle - BASIKAL TIGA TAYAR
BYCYCLE?
BYE BYE BICYCLE kah? |
|
|
|
|
|
|
|
acik2 pun semakin maju sekarang nih
|
|
|
|
|
|
|
|
basikal lajak M40 |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 18-4-2022 10:20 PM
Basikal lajak tersenyum sinis
Basikal lajak so yesterday lah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|