View: 695|Reply: 2
|
[Tempatan]
Tiga pencuri kereta bikin 'drama' dengan polis di laluan sibuk
[Copy link]
|
|
Tiga pencuri kereta bikin 'drama' dengan polis di laluan sibuk
Kereta Proton Satria dinaiki tiga penjenayah melanggar kenderaan orang awam ketika cuba melarikan diri daripada polis - Foto NSTP/Ihsan PDRM
KUALA LUMPUR: Tiga lelaki yang terbabit dalam kegiatan curi kereta cuba meloloskan diri daripada polis dan melanggar beberapa kenderaan orang awam di Metro Perdana, Jalan Kepong di sini, petang tadi.
Polis mengesan sebuah Proton Satria curi dinaiki tiga lelaki terbabit yang mencurigakan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Kepong.
Bagaimanapun, kumpulan itu cuba melarikan diri dan merempuh beberapa kenderaan lain apabila cuba ditahan polis.
Bagaimanapun, polis berjaya menahan seorang suspek tetapi dua lagi melarikan diri dan sedang diburu.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata siasatan awal mendapati suspek cuba melarikan diri semasa sepasukan anggota kereta peronda polis (MPV) yang membuat rondaan di MRR2 terserempak dengan kereta dinaiki mereka.
"Hasil semakan sistem polis mendapati nombor pendaftaran kereta yang digunakan tidak sama dengan jenis kereta yang dipandu.
"Berikutan itu, petugas MPV bertindak menghampiri kereta Satria terbabit namun secara tiba-tiba pemandu kereta itu memecut laju dengan cara berbahaya ke arah Kepong," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Eng Lai, keadaan jalan raya yang sibuk serta sesak menyebabkan pemandu kereta Satria melanggar beberapa kenderaan orang awam serta sebuah motosikal penghantar makanan yang sedang bergerak bagi meloloskan diri daripada polis.
"Akibat terperangkap dalam kesesakan di kawasan Metro Perdana, Jalan Kepong, salah seorang suspek akhirnya berjaya ditahan polis, bagaimanapun dua lagi suspek berjaya melarikan diri.
"Hasil semakan pihak polis mendapati kereta Satria yang ditahan ini dilaporkan hilang di Taman Melawati pada 9 April lalu," katanya.
"Semakan mendapati suspek berusia 25 tahun yang ditahan mempunyai dua rekod kesalahan jenayah lampau membabitkan penyalahgunaan dadah. Suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul bagi membantu siasatan lanjut," katanya.
"Siasatan lanjut akan dibuat bagi mengenalpasti pembabitan mereka dalam sindiket kecurian kenderaan.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dalam melaksanakan tugas," katanya.
Polis Kuala Lumpur menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini untuk tampil memberikan maklumat dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian: 03-40482222 bagi membantu siasatan.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... lis-di-laluan-sibuk
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg kne tahan tu dok seat belakang agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Radzor replied at 19-4-2022 05:31 AM
Yg kne tahan tu dok seat belakang agaknya
Moral of the story, kalau nak cepat jangan naik satria bertiga |
|
|
|
|
|
|
| |
|