CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 535|Reply: 6

[Tempatan] Daun kelapa anyam ketupat nasi pula naik harga

[Copy link]
Post time 19-4-2022 04:37 PM | Show all posts |Read mode
Daun kelapa anyam ketupat nasi pula naik harga

https://www.utusan.com.my/nasion ... si-pula-naik-harga/

Oleh AMRAN MULUP
19 April 2022, 2:43 pm


HARGA daun kelapa muda untuk menganyam ketupat nasi dijangka meningkat sekali ganda menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

MELAKA 19 April: Jangan terkejut jika harga daun kelapa muda untuk menganyam ketupat nasi dijangka meningkat sekali ganda menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pemborongnya, Hasan Loyot berkata, syarikat dari Indonesia telah menetapkan harga yang dijual sebelum daripada RM25 telah dinaikkan kepada RM35 seikat yang mengandungi 400 helai daun kelapa muda.

Beliau berkata, syarikat terbabit memberi alasan kenaikan harga itu tidak dapat dielak kerana kenaikan kos sewa kapal, upah dan sebagainya menjadi faktor kenaikan harga bahan itu.

Menurutnya, dia terpaksa mendapat bekalan itu dari negara jiran kerana sukar mendapat pembekal pasaran tempatan yang mampu membekalkan daun kelapa muda untuk kapasiti yang besar.

Beliau berkata, jika harga borong daun kelapa muda itu naik, secara tidak langsung pasaran untuk orang ramai membelinya dijangka naik daripada RM12 kepada RM15 seikat yang mengandungi 100 helai.

“Saya menerima permintaan yang tinggi daripada peniaga dan penjual ketupat nasi bagi perayaan Aidilfitri tahun ini.

“Tidak sama seperti tahun lalu, kebiasaannya saya menempah antara 600 hingga 800 ikat daun kelapa muda, namun kali ini saya tempah sebanyak 1,000 ikat,” ujarnya ketika ditemui hari ini.

Hasan berkata, dia merasakan bekalan itu dijangka tidak mencukupi kerana pekerja susah untuk memanjatkan pokok kelapa berikutan hujan yang kerap berlaku di negara berkenaan.

Menurutnya, dia sudah membekal daun berkenaan sejak 15 tahun dan cukup dikenali dalam kalangan peniaga dan penjual ketupat nasi.

Sementara itu seorang pengusaha ketupat, Mohd. Yusri Mahat berkata, dia risau bekalan daun ketupat tidak mencukupi untuknya berniaga pada Aidilfitri kali ini.

Menurutnya, dia menerima tempahan antara 5,000 hingga 10,000 biji ketupat yang akan mula dimasak sehari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri nanti.

“Saya juga diberitahu harga bahan ini pula dijangka naik sekali ganda. Apa boleh buat dan semua barang naik harga dan tidak terkejut daun ketupat pun harganya juga naik,” ujarnya. – UTUSAN

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2022 06:00 PM | Show all posts
Kalau gitu, Raya secara sederhana saja la. Beli sedikit. Makan sedikit. Jimat duit.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 06:04 PM | Show all posts
makan jer nasi impit.. ketupat ni guna beras biasa.. lain laa ketupat palas guna beras pulut.. ada laa perbedaan sikit..

Jadi pengguna bijak.. mana2 naik harga.. xyah beli.. kita tak perlu pun jadi serupa Gajah.. makan tak hengat donia.. makan sikit cukup jerr.. poket jimat, kesihatan pun terjaga...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 06:24 PM | Show all posts
nasi impit pun bolehtindih dengan lesung batu


Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
gekkou replied at 19-4-2022 06:24 PM
nasi impit pun bolehtindih dengan lesung batu

Itu batu besar punya atas nasik ada duduk!
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
gekkou replied at 19-4-2022 06:24 PM
nasi impit pun bolehtindih dengan lesung batu

Ye bener.  Opah and nenek dulu buat camni je walaupun ada pokok kelapa dua tiga batang kat rumah buat ketupat pun cukup syarat anak beranak merasa makan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2022 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Vongok free kot tu
Tmpt aku bersepah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.130004 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list