CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 524|Reply: 1

[Tempatan] Pinda undang-undang untuk lindungi kanak-kanak – TMJ

[Copy link]
Post time 19-4-2022 06:47 PM | Show all posts |Read mode
Pinda undang-undang untuk lindungi kanak-kanak – TMJ

https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... gi-kanak-kanak-tmj/

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI
19 April 2022, 6:02 pm


Tunku Ismail (tengah) mengadakan pertemuan dengan Rina Harun (dua dari kanan) bagi membincangkan isu melibatkan kanak-kanak OKU, Bella.

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencadangkan agar penambahbaikan terhadap undang-undang semasa khususnya melibatkan Akta Kanak-Kanak 2001 dilakukan segera bagi mengelak kejadian menimpa kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) Down Sindrom iaitu Bella berulang.

Titah baginda, penambahbaikan itu perlu dilaksanakan di peringkat pindaan undang-undang bagi membolehkan akta berkenaan benar-benar mencapai matlamatnya.

“Ia harus merangkumi aspek pendaftaran pusat jagaan kanak-kanak, akreditasi, penilaian, pembiayaan dan pemantauan untuk memastikan semua pengendali beroperasi secara sah dengan cara pelaksanaan khidmat awam,” titahnya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Baginda bertitah demikian setelah mengadakan pertemuan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun, hari ini.

Tambah baginda, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga perlu meningkatkan aspek penguatkuasaan dengan mengaudit semua pusat jagaan kanak-kanak sedia ada.

“JKM perlu mengaudit semua pusat jagaan kanak-kanak sedia ada yang diluluskan dan segera menutup mana-mana pusat jagaan yang tidak berdaftar atau beroperasi secara haram bermula di Johor serta-merta.

“Tindakan undang-undang juga harus diambil terhadap pengusaha atau pemilik mana-mana pertubuhan yang dijalankan secara haram,” tegasnya.

Dalam pada itu, Tunku Ismail turut meminta satu kajian dilakukan segera mengenai syarat pusat jagaan kanak-kanak ditauliahkan bersama-sama dengan penglibatan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan institusi-institusi bebas lain.

“Hasil kajian tersebut akan didedahkan kepada umum. Saya akan memastikan cadangan penambahbaikan ini diambil serius dan dilaksanakan dengan segera,” titah baginda lagi.

Tunku Ismail turut menegaskan bahawa kebajikan kanak-kanak, terutamanya yang berada di rumah perlindungan hendaklah sentiasa dilindungi dan dijaga dengan baik.

Kisah Bella, 13, mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia apabila dia didakwa didera dan diabaikan diabaikan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 31.

Mahkamah sebelum ini mengenakan dua pertuduhan Siti Bainun iaitu mengabaikan dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2022 07:36 PM | Show all posts
agree ini yg kita nak system yg bagus yg blh protect budak2 mcm adik bella. Masalahnya rina harun bukan d right person utk buat benda ni, si gems ni lacks of intellec, it is to heavy for her benda ni. Dulu hannah yeoh dah start dah belajar psl kanak2 benda ni semua dr negara2 maju dia nak buat benda ni kat negara kita, tiba2 ada langkah shaithonirrajims teruss terhenti perancangan mulia hannah yeoh tu. Lps tu kita dpt rina harun korg pun tahu mcm mana kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.042945 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list