CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1703|Reply: 11

[Tempatan] Siapalah letupkan mesin penapis air?

[Copy link]
Post time 22-4-2022 04:28 PM | Show all posts |Read mode
Siapalah letupkan mesin penapis air?


(GAMBAR kiri) PEtikan rakaman tular menunjukkan lelaki disyaki meletupkan mesin air menggunakan mercun manakala pemilik (kanan) menunjukkan mesin air yang diletupkan. FOTO ihsan pembaca


Rembau: Letupkan mercun pada mesin penapis air untuk kegunaan penduduk Kampung Masjid Tanah, Chembung, di sini, awal pagi tadi.

Kejadian 2.45 pagi itu hanya disedari pemilik mesin penapis air berkenaan jam 9.30 pagi tadi, apabila mendapati pintu mesin itu tertanggal daripada mesin dan berada di tengah jalan.

Pemiliknya, Mohd Khairul Azman Mustakim, 35, berkata, mesin penapis air yang diwakafkan kepada penduduk untuk mendapatkan bekalan air minuman secara percuma itu kini rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

"Saya meletakkan mesin air itu di hadapan rumah bagi membolehkan penduduk mengambil air bertapis secara percuma. Ramai orang kampung yang mendapat manfaat daripada mesin ini.

"Namun saya terkejut apabila mendapati pintu mesin penapis air itu berada di tengah jalan pagi tadi. Mulanya saya menyangka berlaku kemalangan jalan raya," katanya.

Mohd Khairul Azman berkata, dia kemudiannya memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum mendapati seorang lelaki meletakkan sesuatu pada mesin berkenaan sebelum bergegas melarikan diri.

"Tidak lama kemudian berlaku letupan dan asap keluar daripada mesin itu.

"Saya kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab lelaki terbabit. Saya tidak pasti apa motif dia meletupkan mesin penapis air," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad meminta supaya pemilik mesin air berkenaan membuat laporan polis supaya siasatan dapat dilakukan.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... n-mesin-penapis-air

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2022 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa orang itu sengaja membuat perkara ini demi menyuburkan sentimen orang muslim tidak layak dibantu, manakala bantuan untuk orang kafir pula amat dialu-alukan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
baru je cik @Buritan puji org rembau
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruknya perangai. Nilah masalah sesetengah org. Disediakan kemudahan dirosakkan
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 22-4-2022 04:48 PM
baru je cik @Buritan puji org rembau

Hahahaha.. buat malu aku jahh... jgnlaa budak jahak ni sedara laki aku.. koh koh.. serius tutup muka dgn spenda laa jwbnya
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 22-4-2022 05:14 PM
Hahahaha.. buat malu aku jahh... jgnlaa budak jahak ni sedara laki aku.. koh koh.. serius tutup mu ...

My BIL both Rembau most wanted..hmmmm je lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2022 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 22-4-2022 05:14 PM
Hahahaha.. buat malu aku jahh... jgnlaa budak jahak ni sedara laki aku.. koh koh.. serius tutup mu ...

spenda lace-lace tau nnt adik kuin nak pinjam buat lapik penutup kuih raya
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 22-4-2022 05:27 PM
My BIL both Rembau most wanted..hmmmm je lah

Awat BIL hang.. story laa skit.. aku dgn lelaki rembau aku rasa ok.. yg pompuan kureng skit.. depa racist skit kat aku.. koh koh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2022 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 22-4-2022 05:31 PM
spenda lace-lace tau nnt adik kuin nak pinjam buat lapik penutup kuih raya

Spemda lace jarang nanti nmpk muke aku
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 22-4-2022 05:33 PM
Spemda lace jarang nanti nmpk muke aku

Panties tersenyum sinis

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Anti betul la dengan spesis tangan gatal ni, semua benda nak rosakkkan
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 22-4-2022 05:32 PM
Awat BIL hang.. story laa skit.. aku dgn lelaki rembau aku rasa ok.. yg pompuan kureng skit.. depa ...

x menureh....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.048456 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list