View: 1471|Reply: 15
|
[Tempatan]
Booster ke 2: Tempahan di aplikasi MySejahtera mulai hari ini
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 23-4-2022 12:52 PM
KUALA LUMPUR: Individu berumur 60 tahun dan ke atas yang memenuhi kriteria bagi dos penggalak kedua akan menerima pautan tempahan secara berperingkat bermula hari ini dalam aplikasi MySejahtera.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata individu yang telah menerima pautan itu boleh membuat tempahan janji temu di pusat pemberian vaksin (PPV) yang disenaraikan.
Beliau berkata kriteria kelayakan bagi penerima dos penggalak kedua adalah individu berumur 60 tahun dan ke atas, serta telah menerima dos penggalak pertama sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan lepas.
"Bagi individu yang telah lengkap mengambil dos penggalak pertama dan didapati mengalami jangkitan COVID-19, mereka layak menerima dos penggalak kedua selepas selang masa tiga bulan pulih sepenuhnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya pemberian dos penggalak kedua vaksin Pfizer (Comirnaty) adalah bagi individu berumur 60 tahun dan ke atas yang berisiko tinggi termasuk bagi yang menghidap penyakit respiratori kronik; penyakit jantung dan vaskular kronik; penyakit buah pinggang kronik; penyakit hati kronik dan penyakit neurologi kronik.
Beliau berkata individu berumur 60 tahun dan ke atas yang sihat pula perlu berbincang dengan pengamal perubatan untuk pertimbangan jika ingin mengambil dos penggalak kedua.
Sementara itu Khairy berkata individu yang sedang dalam rawatan di hospital kerajaan atau swasta yang beroperasi sebagai PPV, boleh diberikan dos penggalak kedua secara oportunistik manakala di hospital bukan PPV, Penilaian Pra Vaksinasi (PVA) perlu dilaksanakan oleh pakar dan merujuk ke hospital berhampiran yang beroperasi sebagai PPV.
Beliau berkata warga emas juga boleh hadir secara terus di mana-mana PPV yang masih beroperasi, manakala pusat jagaan warga emas boleh membuat permohonan bagi mendapat dos penggalak kedua di Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran.
Sementara itu beliau berkata remaja berumur 12 hingga 17 tahun yang berada dalam kategori terimunokompromi sederhana atau teruk ((moderate or severe immunocompromised ) yang disahkan oleh pakar perubatan kerajaan dan swasta, layak menerima dos tambahan.
Katanya golongan itu boleh menerima dos tambahan sekurang-kurangnya 28 hari selepas menerima dos terakhir siri primer, manakala bagi individu yang lengkap mengambil dos primer dan didapati positif COVID-19, layak menerima dos tambahan selepas selang tiga bulan pulih sepenuhnya.
Khairy berkata remaja yang sedang dalam rawatan di hospital kerajaan, hospital swasta, klinik pakar kanak-kanak swasta, klinik kesihatan dengan pakar yang telah menjadi PPV, boleh diberikan dos tambahan secara oportunistik di fasiliti kesihatan berkenaan.
Mengulas lanjut beliau berkata bagi remaja yang layak tetapi tidak ditawarkan dos tambahan, mereka boleh dibawa berjumpa pakar perubatan yang merawat untuk menjalani PVA, dan seterusnya dirujuk ke hospital kerajaan atau swasta, klinik pakar kanak-kanak swasta atau klinik kesihatan dengan pakar yang beroperasi sebagai PPV.
Sementara itu Khairy berkata individu berumur 18 tahun dan ke atas yang ingin ke luar negara boleh diberikan dos penggalak kedua selepas selang sekurang-kurangnya satu bulan daripada dos penggalak pertama, bagi memenuhi syarat keperluan memasuki negara destinasi yang ingin dilawati.
"Mereka boleh hadir secara terus tanpa janji temu di PPV yang masih beroperasi dengan membawa dokumen sokongan berkaitan (seperti bukti tiket penerbangan atau dokumen perjalanan)," katanya. -- BERNAMA
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dos-penggalak-kedua-warga-emas-terima-pautan-tempahan-mysejahtera-mulai-hari-ini-358171
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Laku ke tuuu? |
|
|
|
|
|
|
|
Org lain yg nak ambik.. ko yg panas..KELAKOR! |
|
|
|
|
|
|
|
Oh so betul la ni..nak kena cucuk Kali ke empat...ingatkan khabar angin saja |
|
|
|
|
|
|
|
wirazam replied at 23-4-2022 11:33 AM
Oh so betul la ni..nak kena cucuk Kali ke empat...ingatkan khabar angin saja
Mereka tak mahu gunakan istilah "cucukan ke-4" kerana ia amat memalukan. Mereka lebih selesa dengan istilah "penggalak ke-2," janji bunyi 2 bukan 4. Selepas ini mereka akan umumkan pula "penggalak tambahan pertama" dan "penggalak tambahan ke-2," selepas itu mereka akan umumkan lagi "penggalak tambahan plus one" dan "penggalak tambahan plus II,' asal bunyi 2, bukan 8. |
|
|
|
|
|
|
|
ehhhh kata berita palsu fakenius ??????? |
|
|
|
|
|
|
|
Dah2 laa cocok tu.. Cukuplah 3 dos.. tupun boleh positif covid. |
|
|
|
|
|
|
|
Dos ketiga akan meningkatkan imuniti jadi selepas dos keempat anda akan dilindungi. Apabila 95% populasi telah menerima dos kelima, SOP bolehlah dilonggarkan kerana dos keenam telah memberhentikan virus dari merebak. Saya yakin dan percaya bahawa dos ketujuh akan menyelesaikan masalah kita dan kita tidak perlu takut lagi kepada dos kelapan. Fasa klinikal dos kesembilan akan mengesahkan bahawa antibodi akan stabil selepas dos kesepuluh. Dos kesebelas akan menjamin bahawa mutasi baru tidak akan terhasil dan tiada sebab untuk kita mengkritik dos kedua belas. Kita kena yakin bahawa dos ketiga belas akan membolehkan kita pergi kemana-mana sahaja dan dos keempat belas tak mustahil kita siap boleh rentas alam untuk berjumpa terus dgn TUHAN
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
lebam la bahu cucuk sokmo every 3/4mons.
|
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 23-4-2022 10:42 PM
Dos ketiga akan meningkatkan imuniti jadi selepas dos keempat anda akan dilindungi. Apabila 95% popu ...
Lawak sis. Pandai sis buat essay. Mmg A |
|
|
|
|
|
|
|
Berapa hari plak demam nya dos ke4 ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Aduui dh x sanggup menadah bahu lg..iols x demam dr 1st dose tp jantung laju tetibe yg x sanggup tu! |
|
|
|
|
|
|
|
Gi mampos.
Aku yakin Apak aku health deterioration kerna booster shot |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Aq bukan antivac. Cukup la aq berkorban tadah dicucuk vaksin sampai 2dose..booster ni mintak Maaf la..xsanggup nk ambik
Aq ada ank kecik nk kena pantau .dah kalau melepet lepas cucuk booster ada ka kkm nk Mai jaga ank aq |
|
|
|
|
|
|
| |
|