CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1000|Reply: 6

[Tempatan] Tahanan Rohingya terdesak, curi pakaian penduduk di ampaian

[Copy link]
Post time 23-4-2022 09:35 AM | Show all posts |Read mode
BANDAR BAHARU – Penduduk di mukim Relau di sini hidup dalam ketakutan selepas terdapat dakwaan tahanan etnik Rohingya mencuri pa­kaian di Taman Jawi Indah, Nibong Tebal di Pulau Pinang kelmarin.

Penduduk Kampung Tengah, Mohamad Assraf Firdaus, 30, berkata, maklumat itu diperoleh rakannya hasil maklumat penduduk di taman perumahan berkenaan semalam kira-kira pukul 6 petang.

“Kita terima maklumat ada individu disyaki etnik Rohingya mencuri baju di ampaian rumah penduduk di lorong lima perumahan tersebut.

“Perkara itu kemudian telah dimaklumkan kepada pihak imig­resen untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di Kampung Padang di sini semalam.

Jarak Depot Imigresen Sementara Relau dekat sini dengan taman perumahan berkenaan adalah kira-kira lapan kilometer.

Tambahnya, walaupun tiada lagi kejadian seperti itu berlaku di Relau, dia bersama lebih 20 penduduk lain termasuk ahli Pertubuhan Seni Silat Gayong Sundang Pusaka mempertingkatkan rondaan di kawasan kampung dan perumahan.

“Lebih 90 tahanan yang masih bebas dan kita membantu pihak berkuasa melakukan rondaan atas inisiatif sendiri bagi meredakan kebimbangan penduduk,” ujarnya.

Sementara itu, Penduduk Kampung Padang, Mat Tarmizi Ahmad, 49, yang juga Guru Latih Pertubuhan Seni Silat Gayong Sundang Pusaka berkata, rata-rata penduduk mengambil tindakan mengunci pintu rumah selain memastikan kunci tidak ditinggalkan pada kenderaan.

“Kita ronda sambil beri nasihat kepada penduduk kerana kita tidak tahu bagaimana tahanan ini akan bertindak jika terserempak dengan mereka dalam keadaan kelaparan dan terdesak untuk melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, dia percaya tahanan yang masih bebas akan menghampiri kawasan perumahan untuk mencari makanan dan pakaian selain masih ada baki tahanan yang bersembunyi di sekitar Relau kerana kawasan tersebut banyak kawasan hutan berbukit.

“Namun, kita tidak menolak kemungkinan ramai yang telah terlepas ke Pulau Pinang,” jelasnya.

Tambahnya, pendekatan yang akan diambil jika terserempak dengan tahanan tersebut adalah cuba berkomunikasi dengan baik serta meminta mereka menyerahkan diri sebelum menghubungi pihak berkuasa.

https://www.kosmo.com.my/2022/04/23/tahanan-rohingya-terdesak-curi-pakaian-penduduk/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tahanan-rohingya-terdesak-curi-pakaian-penduduk



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2022 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian mereka. Mencuri kerana terdesak. Ayuh aktivis2 Rohingla, offer la rumah kamu jadi tempat perlindungan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Anantha bila lagi mahu open her house freely to shelter persecuted Rohinglas?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah takde ye puak2 yg suka melaungkn "bumi allah ini luas" ye...
Mungkin masing2 dh check keluasan tanah sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 23-4-2022 10:10 AM
Anantha bila lagi mahu open her house freely to shelter persecuted Rohinglas?

Anantha ni malaysian ke?
Sumbat ke rmh dia je le...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 01:46 PM | Show all posts
Kalau tak menyerah diri juga dah selamat dapat kerja lah tu

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2022 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Anantha dan rozanna sila kutip mereka.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.038418 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list