View: 1192|Reply: 7
|
[Tempatan]
Cuaca, angin bukan punca 'paraglider' terhempas
[Copy link]
|
|
Cuaca, angin bukan punca 'paraglider' terhempas
BERNAMA
Kuala Lumpur: Faktor cuaca dan angin bukanlah punca berlaku insiden seorang para peluncur maut selepas payung terjun dikendalikannya hilang kawalan dan merempuh sebatang pokok di Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu, semalam.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, insiden itu berlaku dipercayai berpunca daripada masalah teknikal yang belum dapat dikenal pasti sehingga mengakibatkan mangsa tersangkut di atas pokok pada ketinggian 12.19 meter.
"Siasatan awal polis mendapati mangsa membuat terjunan dua kali pada hari sama semasa kejadian dan siasatan lanjut mendapati kejadian itu tiada unsur jenayah. Polis juga telah membuka satu kertas siasatan yang diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Mohammad Farhad Khalid, 44, maut selepas mengalami kecederaan ketika melakukan aktiviti luncur layar di Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada 4.56 petang dan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi.
Bomba mengambil masa selama dua jam untuk menurunkan mangsa dari Subang Jaya itu berikutan ketinggian dan lokasi pokok berkenaan.
Beberapa Orang Asli yang berada di lokasi kejadian terlebih dahulu memanjat pokok berkenaan dan mengikat mangsa menggunakan tali payung terjun bagi mengelak lelaki itu terjatuh.
Bagaimanapun, Mohammad Farhad disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.
Disiarkan pada: April 24, 2022 @ 5:25pm
Berita semalam
Peluncur udara maut tersangkut pokok balak
Amirul Aiman
Hulu Selangor: Seorang lelaki warga Pakistan yang melakukan aktiviti luncur udara (paragliding) maut selepas ditemukan tersangkut pada pokok balak di Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini.
Kejadian kira-kira 4.50 petang itu berlaku apabila mangsa, Mohammad Farhad Khalid, 44, berasal dari Subang Jaya, Selangor tersangkut pada pokok balak dengan ketinggian 12 meter di tepi cerun bukit.
Difahamkan, mangsa patah kaki dan mengalami pendarahan ketika melakukan aktiviti terbabit.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.56 petang.
Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi.
"Menurut laporan awal, akses ke pokok balak itu melalui laluan mendaki (trek hiking) sejauh 100 meter dari tapak 'take off' Bukit Batu Pahat.
"Mangsa yang mengalami kecederaan didapati tidak sedarkan diri dan usaha menurunkannya dari pokok dilakukan dengan kadar segera," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Norazam berkata, pihaknya mengambil masa selama kira-kira dua jam untuk menurunkan mangsa dari pokok balak terbabit.
Katanya, Orang Asli di sekitar kawasan kejadian turut membantu pihak bomba.
"Mereka memanjat pokok balak dan mengikat mangsa menggunakan 'webbing paragliding' bagi mengelakkan mangsa dari terjatuh.
"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia dipercayai semasa tergantung. Mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk tindakan lanjut," katanya.
Disiarkan pada: April 23, 2022 @ 8:36pm |
|
|
|
|
|
|
|
seorang lelaki Pakistan BERASAL dari Subang Jaya,Selangor??? |
|
|
|
|
|
|
|
Hari tu aku pusing pusing mrsm sambil lalu dok tengok paragliding meluncur landing kat padan milinieum tu.seram jugak padang tu tak besar mana..tp iols seronok tgk diorg meluncur sambil rakam video.peghak sungguh..takziah kpd mangsa.mesti kena tutup lepas ni tempat tu |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 24-4-2022 11:03 PM
seorang lelaki Pakistan BERASAL dari Subang Jaya,Selangor???
Suku-sakat pensyarah kanan di kampong gosip sebelah ke?? Bapak si Bilal. |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 24-4-2022 11:03 PM
seorang lelaki Pakistan BERASAL dari Subang Jaya,Selangor???
Ic dia mesti tulis bangsa melayu kot |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 24-4-2022 11:23 PM
Ic dia mesti tulis bangsa melayu kot
pasni...lelaki rohingya berasal dr Langkawi...la pulok....Rosak Msia ni...rosak. |
|
|
|
|
|
|
|
Arwah tu berparagliding sendiri ke atau ikut organizer? Sbb setau aku kt situ mmg ada syarikat yg offer utk paragliding ni. Kt situ gak ada kes bridge rope swing yg smpi patah tulang belakang |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dwdrum at 24-4-2022 03:00 PM
annehuda replied at 24-4-2022 09:27 AM
Arwah tu berparagliding sendiri ke atau ikut organizer? Sbb setau aku kt situ mmg ada syarikat yg of ...
Paragliding ini jadi apa memang salah sendiri... Salah navi rasa nya dia sudah 100 metres dari takeoff point.. Pokok yang dia 'langgar' bukan mati sebab sangkut or ter hempas nampak besar dan tinggi dari pokok lain.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|