View: 967|Reply: 1
|
[Dunia]
Jepun sahkan 10 maut dalam tragedi bot persiaran karam
[Copy link]
|
|
Jepun sahkan 10 maut dalam tragedi bot persiaran karam
Diterbitkan : 24 Apr 2022 04:55PM
Dikemas Kini : 24 Apr 2022 04:55PM
TOKYO: Pengawal pantai Jepun pada Ahad (24 Apr) mengesahkan sekurang-kurangnya 10 orang maut susulan tragedi bot persiaran karam di pantai utara Jepun.
Operasi mencari dan menyelamat baki penumpang yang masih hilang diteruskan.
"Kami sahkan kematian kesemua 10 orang yang ditemui setakat ini di bot persiaran Kazu I", kata seorang jurucakap pengawal pantai kepada AFP.
Ketika kejadian itu berlaku, bot persiaran tersebut membawa 26 penumpang dan anak kapal.
Berita terdahulu
Bot persiaran hilang di Jepun, 9 mangsa ditemui
Diterbitkan : 24 Apr 2022 02:08PM
Dikemas Kini : 24 Apr 2022 02:08PM
TOKYO: Pasukan penyelamat pada Ahad (24 Apr) menemui sembilan penumpang bot pelancong Kazu 1 yang karam di pantai utara Jepun, semalam.
Kebanyakannya dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Ketika kejadian, bot itu membawa 24 penumpang, termasuk dua kanak-kanak serta dua anak kapal.
"Sehingga 11 pagi (0200GMT), pesawat pengawal pantai telah menyelamatkan empat orang, pesawat polis tempatan menyelamatkan empat orang dan sebuah pesawat Pasukan Pertahanan Awam menyelamatkan seorang dari perairan atau kawasan pantai berbatu," kata pengawal pantai Jepun dalam satu kenyataan media.
Awal sebelum ini, pegawai dan media tempatan melaporkan mereka yang ditemui setakat ini berada dalam keadaan tidak sedarkan diri, walaupun keadaan sebenar kesemua sembilan mangsa masih dapat dipastikan.
Mereka yang diselamatkan setakat ini dibawa ke kemudahan perubatan, dengan penyiar nasional NHK menunjukkan sekurang-kurangnya seorang di atas pengusung dipindahkan pekerja penyelamat dari helikopter ke ambulans.
Operasi mencari dan menyelamat diteruskan bagi mencari baki penumpang yang masih hilang dari Kazu I.
Bot persiaran itu menghantar isyarat kecemasan pada 1:13 tengah hari (0413 GMT) pada hari Sabtu dengan menyatakan ia sedang karam di perairan di luar pantai timur laut Jepun.
Pengawal pantai mengerahkan tujuh kapal dan lima pesawat untuk misi mencari dan menyelamat pada Ahad, disertai oleh helikopter polis dan tentera serta bot nelayan tempatan yang lain.
Keadaan pada Sabtu bergelora, dengan ombak tinggi dan angin kencang yang dilaporkan mendorong beberapa bot nelayan tempatan pulang awal ke pantai.
Suhu air pada waktu siang di kawasan itu adalah sekitar dua hingga tiga darjah Selsius. |
|
|
|
|
|
|
| |
|