|
Pasangan kekasih bakal beraya dalam penjara
PASANGAN kekasih yang mencuri seutas gelang tangan emas dari sebuah kedai emas di Kuala Pilah dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah. FOTO Arkib NSTP
Kuala Pilah: Pasangan kekasih yang melarikan seutas gelang tangan emas dari sebuah kedai emas di sini, 8 April lalu, dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah tadi.
Majistret Saiful Sayoti menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Muhammad Effendi Sanusi Gunarto, 24, dari Hulu Langat, Selangor dan Nur Sabrina Khairul, 22, berasal dari Kuala Lumpur.
Sebelum itu kedua-dua tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mahkamah Seysen Kuala Pilah Norma Ismail pada 18 April lalu.
Norma kemudian menetapkan hari bagi sebutan semula fakta kes dan hukuman ke atas kedua-dua tertuduh.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh secara bersama-sama mencuri seutas gelang tangan emas jenama seberat 36.76 gram milik sebuah kedai emas.
Kesalahan itu dilakukan kedua dua tertuduh pada jam 3.45 petang 8 April lalu.
Pasangan itu bagaimanapun berjaya dijejaki polis sebelum ditahan di Pudu, Cheras, Kuala Lumpur.
Mereka kemudian didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur Aqilah Syarfa Nik Zaidi.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... eraya-dalam-penjara
|
|