View: 1235|Reply: 10
|
[Jenayah]
Rosmah gagal lagi.....
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 26-4-2022 01:55 AM
Kuala Lumpur: Datin Seri Rosmah Mansor sekali lagi gagal dalam permohonannya supaya Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada mendengar kesnya berkaitan pengubahan wang haram dan mengelak cukai.
Ini adalah kali kedua isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memfailkan permohonan selepas Mohamed Zaini, yang juga hakim bagi kes hibrid solar melibatkan Rosmah, menolak permohonan Rosmah yang dibuat pada 14 Disember, bagi beliau menarik diri daripada mendengar kes berkenaan.
Hakim Mohamed Zaini dalam menolak permohonan Rosmah itu berkata permohonan kedua ini adalah berdasarkan kepada asas yang sama dengan permohonan pertama, iaitu beliau juga hakim yang mendengar kes perbicaraan hibrid solar Rosmah.
Hakim itu berkata bagaimanapun pemohon (Rosmah), kini memohon untuk memasukkan dua lagi kes yang beliau kendalikan iaitu kes pelucuthakan 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) di mana pemohon adalah salah seorang responden dan kes audit 1MDB.
"Apa yang pemohon lakukan dengan memasukkan dua kes tambahan itu, hanya menambahkan 'warna' pada permohonannya. Bagaimanapun pada asasnya sama seperti alasan yang dikemukakan pada permohonan pertama, kerana ia berkaitan kepada pembabitan dan keputusan yang saya buat dalam kes-kes ini.
"Saya perlu tambah bahawa saya bingung apabila pemohon menyebut kes pelucuthakan 1MDB dan kes audit 1MDB dalam permohonannya. Dalam kes pelucuthakan 1MDB, saya telah menolak permohonan pendakwaan untuk melucuthakan harta miliknya.
"Kes audit 1MDB sebaliknya tidak berkaitan dengan pemohon langsung. Saya berpandangan bahawa pemohon perlu dihentikan daripada mengemukakan permohonan lagi untuk penarikan diri hakim. Doktrin 'res judicata' terpakai dalam permohonan kedua ini," katanya.
Mohd Zaini berkata hujah-hujah awal yang telah dikemukakan oleh pemohon dalam kes pelucuthakan 1MDB dan kes audit 1MDB boleh dilihat semula dalam permohonan pertama, kerana ia berada dalam pengetahuan pemohon pada ketika pmohonan pertama dibuat.
"Kepentingan awam menuntut bahawa mesti ada penamat kepada litigasi, dan pihak-pihak berkenaan tidak seharusnya dibenarkan untuk membuat litigasi terhadap isu yang sama berulang kali. Maka dengan ini permohonan pemohon adalah ditolak," katanya.
Bagaimanapun Hakim Mohamed Zaini membenarkan permohonan peguam Rosmah Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin untuk menangguhkan perbicaraan kes pengubahan wang haram, yang pada asalnya telah ditetapkan pada Rabu (27 April), sementara menunggu penyelesaian rayuan Rosmah mengenai keputusan hari ini di Mahkamah Rayuan.
"Dengan ini perbicaraan ditangguhkan," kata hakim itu selepas pihak pendakwaan tidak menolak permohonan untuk penangguhan itu.
Rayuan Rosmah berhubung permohonan pertama masih lagi belum dibacarakan di Mahkamah Rayuan. Kes rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 19 Mei.
Sementara itu Hakim Mohamed Zaini juga menetapkan 24 Mei untuk sebut semula kes permohonan Rosmah untuk melucutkan kelayakan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada bertindak sebagai ketua pendakwa dalam kes pengubahan wang haramnya.
Rosmah, 70, berdepan dengan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal mengisytihar pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). – BERNAMA
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/04/835923/rosmah-gagal-percubaan-kedua-mohon-hakim-tarik-diri
|
|
|
|
|
|
|
|
sian kak mah, nak raya pon tak senang tiber |
|
|
|
|
|
|
|
Ni hapa kes plk? Dah la laki ko pun x nak nazlan jd hakim......skrg nih sapa nk jd hakim pun dh serupa mcm nak pakai loyar ikut suka, sapa2 yg x berkenan blh apply tukar hakim wpun hukum dh jatuh......mmg dh tahap kronik msia nih |
|
|
|
|
|
|
|
Kak mah oiiii nanti ko duduk je lah dgn si bainon kat penjara kajang tu, blh cerita zaman2 korg dlm umno, blh exercise sama2 |
|
|
|
|
|
|
|
tukar itu ini...rayu itu ini....pandai loyer korang ek...finally smpai 7 keturunan ko kes x bicara lansung...terbaik |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh eh mohon2 tukar hakim... |
|
|
|
|
|
|
|
Kubur dah dekat...ngaku & bertaubat jer lah nenek rosmah |
|
|
|
|
|
|
|
boleh tak iols speku, jibun skrg tgah berharap nek mah utk sabit kesalahan n kena penjara so that jibun nanti bebas dari cengkaman nek mah ? |
|
|
|
|
|
|
|
dah mencuri tu, kena masuk penjara la |
|
|
|
|
|
|
|
Hhalahhh uols ni...cam x fhm lak!
Mmm nak delay..delay lettew... selagi boleh tukar hakim bagai.
|
|
|
|
|
|
|
|
Asyik bertangguh2.. last2 lepas.. taktik ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|