CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 340|Reply: 1

[Tempatan] Penggantian, naik taraf lif di PPR, PA dilaksana dalam 5 fasa

[Copy link]
Post time 26-4-2022 05:38 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 25-4-2022 01:39 PM

Penggantian, naik taraf lif di PPR, PA dilaksana dalam 5 fasa[size=14.399999618530273px]BERNAMA




GAMBAR hiasan



Kuala Lumpur: Kerja-kerja penggantian dan menarik taraf 306 unit lif di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan dilaksanakan secara berfasa dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

Menurut kenyataan DBKL yang dikeluarkan hari ini kerja-kerja penggantian dan menaik taraf lif dalam lima fasa itu membabitkan kos RM169.6 juta.

Fasa 1 penggantian dan menaik taraf lif membabitkan 12 kawasan perumahan, iaitu PA Seri Kota, PA Seri Sabah 3A, PA Seri Sabah 3B, PPR Desa Petaling, PPR Salak Selatan, PPR Seri Anggerik, PPR Sungai Bonus, PA Hang Tuah, PA Loke Yew, PA Seri Selangor, PPR Bukit Jalil 1 dan PPR Bukit Jalil 2.

"Keseluruhan penggantian lif adalah 104 unit dan dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun 2022," katanya.

Fasa 2 pula membabitkan 109 unit di 10 kawasan meliputi PPR Raya Permai, PPR Seri Malaysia, PA Seri Perak, PPR Seri Alam, PA Kerinci 1A, PPR Kerinci, PPR Seri Cempaka, PPR Kampung Muhibah, PPR Semarak dan PA Seri Tioman.

"Bagi proses penggantian lif di PA Seri Perak, satu mesyuarat prapenyerahan tapak kepada syarikat yang berjaya telah diadakan bagi membolehkan kerja-kerja dimulakan pada 1 Julai depan dan dijangka siap pada Oktober 2023," katanya.

Fasa 3 pula membabitkan 18 unit lif di PPR Desa Tun Razak dan PA Seri Sarawak, manakala 48 unit lif akan dinaik taraf dan diganti di PPR Batu Muda, PPR Laksamana, PPR Perkasa dan PPR Pekan Kepong pada Fasa 4.

Sementara Fasa 5 membabitkan tiga kawasan iaitu PPR Bukit Jalil (Blok L,M,G & H), PA Seri Terengganu dan Seri Pangkor (1 & 2) dengan 27 unit lif untuk penggantian.

DBKL berkata: "Sebelum kerja-kerja penggantian lif baharu dimulakan, penyelenggaran berkala serta pemantauan lif sentiasa dilaksanakan oleh kontraktor sedia ada di tapak yang juga bertanggungjawab sekiranya lif mengalami kerosakan." katanya.



Disiarkan pada: April 25, 2022 @ 5:29pm





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2022 08:25 AM | Show all posts
pprt kek selangor xdok projek ko....berat99
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.035304 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list