CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 801|Reply: 4

[Tempatan] Padah jual seluar, beg jenama tiruan

[Copy link]
Post time 26-4-2022 05:47 AM | Show all posts |Read mode
Padah jual seluar, beg jenama tiruan[size=14.399999618530273px]Siti Rohana Idris
[email protected]




BEG tangan jenama terkenal tiruan yang dijual di dua premis di Pengkalan Chepa dirampas sepasukan anggota KPDNHEP dalam operasi bersepadu hari ini. FOTO IHSAN KPDNHEP




Kota Bharu: Tindakan dua premis menjual seluar dan beg jenama tiruan yang dianggarkan bernilai RM6,375 di Pengkalan Chepa di sini, mengundang padah apabila perbuatan mereka dikesan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

Rampasan dibuat terhadap semua barangan itu oleh sepasukan anggota KPDNHEP dalam operasi bersepadu hari ini bersama wakil Pemilik Cap Dagangan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, pihaknya mengesan dua premis pakaian yang dimiliki dua pemilik berusia 30-an menjual seluar serta beg berjenama yang tiruan.

"Hasil Operasi yang dijalankan mendapati dua tindakan kes di bawah Akta Cap Dagangan 2019 membabitkan rampasan seluar dan beg jenama terkenal dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM6,375.

"Siasatan lanjut terhadap dua premis yang diambil tindakan akan diteruskan bagi mengenal pasti pembekal utama barangan tiruan ini diperoleh," katanya menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.

Azanizam Affendi berkata, hasil soal siasat yang dijalankan, dua pemiliknya itu menjalankan jualan dalam talian dan mendakwa barangan itu adalah asli serta 'vintage' malah harganya juga seakan menyamai barangan asli.

Jelasnya lagi, penjualan barangan tiruan menjadi kesalahan di bawah Akta Cap Dagangan 2019 dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan terbabit.



Disiarkan pada: April 25, 2022 @ 4:28pm





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2022 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti fefeling ps simpan stok vintage lepas tu netizen pun beduyun2 dok jadi pelanggan heshe
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 08:17 AM | Show all posts
Kalau dh dekat2 sempadan Siam tu, mana ada yg ori nya...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 08:22 AM | Show all posts
ptt sekat sopee lazad da tu byk juai brg cina....nk keje mudah je dorang nie

tu kedai dee iy...malaih nk ckp
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
ally9970 replied at 26-4-2022 08:17 AM
Kalau dh dekat2 sempadan Siam tu, mana ada yg ori nya...

Tapi orang siam sendiri kata barang2 fake ni datang dari Malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.223348 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list