CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1045|Reply: 8

[Politik] 'Welcome back’ PH 2.0, kata Najib

[Copy link]
Post time 26-4-2022 08:41 AM | Show all posts |Read mode
'Welcome back’ PH 2.0, kata Najib

https://www.malaysiakini.com/news/619189

Diterbitkan:  Apr 25, 2022 1:20 PM⋅
Dikemaskini: 1:20 PM



Kesediaan Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin untuk bekerjasama dengan mana-mana parti bagi menghadapi BN pada PRU15 disifatkan ke arah pembentukkan Pakatan Harapan (PH) 2.0.

Bekas perdana menteri Najib Razak berkata, jika menjadi kenyataan PH dan Perikatan Nasional (PN) mungkin akan mengeluarkan cerita baru untuk menipu rakyat tak lama lagi.

"Kami bukan berpakat atau bergabung. Tak, cuma runding kerjasama untuk memastikan saingan satu lawan satu untuk lawan BN dalam PRU15.

"Tapi ini bermaksud PH dan PN akan bahagikan jumlah kerusi parlimen yang akan ditanding masing-masing.

"Andaikan mereka menang kerusi yang dibahagikan itu. Ini juga bermaksud mereka perlu berpakat atau bergabung selepas PRU15 untuk mendapat majoriti bagi membentuk kerajaan. Maka, 'welcome back' PH 2.0," tulis Najib di Facebook, hari ini.



Semalam, Muhyiddin berkata Bersatu bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti politik bagi memastikan BN berdepan saingan satu lawan satu PRU15 akan datang.

Tanpa menamakan mana-mana parti, Presiden Bersatu itu berkata ketika ini parti itu masih di peringkat awal rundingan bagi menawarkan formula “menang-menang” antara mereka supaya dapat mencapai agenda berkenaan.

Muhyiddin yang juga pengerusi PN berkata persefahaman antara parti politik itu penting bagi mengelak perpecahan undi seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.



“...dalam pertemuan awal (antara parti) sudah ada petanda yang agak memberangsangkan, mereka ada persediaan untuk berbincang cuma kita belum selesai lagi cara macam mana hendak bentuk satu persefahaman untuk mengelakkan pertembungan.

"Kalau matlamat kita yang penting untuk negara, maka pimpinan parti lain seharusnya boleh berfikiran sama dan mereka sudah menunjukkan reaksi yang agak positif tapi belum lagi kita perhalusi untuk macam mana cara jalinan kerjasama itu hendak dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Iftar Bersatu di Kuala Lumpur semalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2022 09:11 AM | Show all posts
kalau menang pun....stabil ke kerajaan nie....
siapa calon PM..?
nanti lepas tu...entah apa langkah lagi yg keluar....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 10:30 AM | Show all posts
Menguap skala 9 per 10...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 11:24 AM | Show all posts
bodo la PH kalau sudi nak bergabung dgan pengkhianat abahcow tu.... tapi iols pulak yg seram kalo2 atok yg sudi gabung dgan abahcow....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 12:15 PM | Show all posts
x menarik langsung,
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 12:38 PM | Show all posts
nanti ada yg mengharap jadi PM tau tau jadi AM shj....tunggu turn gangbang

hancur negara...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2022 12:38 PM | Show all posts
ala..bersatu tu x sustainable dh..tgh dlm proses kepupusan
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 02:49 PM | Show all posts
mintak nyawa semua nya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2022 03:18 PM | Show all posts
.
Tapi perlu ingat, PRU15 akan datang bukan BN 2.0 kerana tiada lagi PM6 Najib Razak dan isu skandal rasuah 1MDB yang telah menyebabkan ramai kaum Melayu/bumiputera menolak UMNO/BN di PRU14 pada Mei 2018.

Kalau PN/Bersatu berpakat dengan PH/PKR/DAP di PRU15 untuk lawan BN/UMNO, ini bererti kerajaan pusat BN+PN sekarang akan tak stabil = PM9 Ismail Sabri harus mengadakan PRU15 secepat mungkin kerana kerajaan pusat akan menjadi stabil kalau BN/UMNO menang besar di PRU15, sebaigaimana di PRN Melaka dan Johor baru2 ini.
.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.063269 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list