View: 964|Reply: 10
|
Cikgu Tabika Kemas Dibenarkan BerTiktok
[Copy link]
|
|
REMBAU – Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) tidak mempunyai sebarang halangan buat kesemua guru tabika untuk membuat content (kandungan) di laman sosial asalkan ia memberi manfaat kepada kanak-kanak.
Ketua Pengarah Kemas Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, ketika ini terdapat lebih 10,800 premis membabitkan 220,000 kanak-kanak belajar di Kemas di seluruh negara.
Foto: Kosmo
Katanya, langkah berkenaan dilihat amat membantu dalam membolehkan guru Tabika Kemas berkongsi kemahiran serta pengalaman mendidikan golongan kanak-kanak bersama guru lain.
“Namun kami tidak sesekali membenarkan aplikasi TikTok berkenaan digunakan bagi tujuan peribadi lebih-lebih lagi sekiranya dilakukan dalam waktu pejabat.
“Kita tengok content, jika memudah cara untuk mengajar kita benarkan, sebaliknya jika untuk tujuan peribadi di waktu pejabat (bekerja) kita tak benarkan,” katanya sempena Majlis Perasmkan Program Qukis dan Promosi Jualan Aidilfitri Kemas Negeri Sembilan di Pusat Kegiatan Masyarakat Kemas, di sini, hari ini.-CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
satu dah lepas...
next, propesyen mana lagi akan dibenarkan bertiketok |
|
|
|
|
|
|
|
so cikgu yg viral kata speech delay sebab parents bg gajet tu boleh bertiktok lg la?
sheols cikgu tabika kheennn?
|
|
|
|
|
|
|
|
Sambil2 je ni kutip follower.. almaklumlah.. seller product online..
|
|
|
|
|
|
|
|
saviour_09 replied at 27-4-2022 02:59 PM
so cikgu yg viral kata speech delay sebab parents bg gajet tu boleh bertiktok lg la?
sheols cikgu t ...
Dia cikgu pra sekolah. Pra sekolah dibawah KPM.
Setau iols baru2 ni menteri ada sebut pasal tak benarkan cikgu main tiktok ni. Mana tah berita tu baca kat fb.
Cikgu2 lain pun tak suka kawan2 dorang bertiktok bagai ni dorang pun pelik cemana depa ni ada masa main tiktok. |
|
|
|
|
|
|
|
Makin ligat ler memasing nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh ke publish gambar anak org? Dah le dari pihak kjaan pulak tu.Malaysia ni undang2 dia mcm mana ye psl publish gambar budak2 ni? |
|
|
|
|
|
|
|
boleh ke siar gambar budak? my daughter school siap ada borang kena sain, tengok kat facebook
sekolah siap blurkan muka budak, tu mesti parents tak kasi kebenaran.. no tiktok ke apa..
daughter kelas kirim gambar melalui website, siap notis hanya download gambar anak aje dan
jangan publish tanpa kebenaran.. |
|
|
|
|
|
|
|
Seronoklah paedo. Follow tiktok cikgu tabika aje, maklumat di hujung jari. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tengok sekarang, cikgu tadika tiktok, cikgu sekolah tiktok... polis tiktok, askar pun tiktok, bomba tiktok, nurse tiktok, doktor tiktok..
memang genarasi sekarang generasi tiktokers ke....mostly perempuan la, sambil2 joget, buat muka lawa promote produk kosmetik hauk |
|
|
|
|
|
|
| |
|