CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 644|Reply: 2

[Tempatan] Guru tak perlu pakai pelitup muka, murid diwajibkan pakai pakaian seragam sekolah- KPM

 Close [Copy link]
Post time 28-4-2022 06:52 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Golongan pendidik, khususnya para guru tidak lagi perlu memakai pelitup muka ketika sedang mengajar di dalam kelas bermula 1 Mei ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, guru-guru dibenarkan untuk menanggalkan pelitup muka ketika sedang menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas.

Bagaimanapun, murid-murid masih perlu memakai pelitup muka sebagaimana arahan Kementerian Kesihatan (KKM) yang masih mewajibkan pemakaian pelitup muka ketika berada di dalam bangunan.

Berita terkait...

Murid-murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah bermula penggal kedua sesi persekolahan pada 12 Jun 2022.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, peraturan itu sepertimana yang pernah dilaksanakan ketika sebelum negara berdepan dengan pandemik Covid-19.

“Jika sebelum ini Kementerian Pendidikan (KPM) menggalak murid-murid untuk pakai pakaian seragam, tetapi bermula 12 Jun 2022, murid-murid diwajibkan.

“Ia temasuklah murid-murud perlu memastikan potongan rambut juga mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah,” katanya ketika sidang akhbar hari ini.

https://www.kosmo.com.my/2022/04/28/murid-murid-wajib-pakai-pakaian-seragam-sekolah/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2022 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Semalam baca komen2 kat page kami guru malaysia ramai cikgu minta takmo jaga anak murid dah pepagi.
Tanak tunggu depan pagar, tanak ganti cikgu yg takmo vaksin. Minta murid2 makan kat kantin sbb dah tanak jaga waktu rehat.
Nak sesi sekolah Jan-Nov, nak perhimpunan, nak langsir dipasangkan semula.
Mcm2 gaklah tu blm lagi yg minta cuti raya ditambah lagi seminggu.
Cikgu2 belah borneo yg ada asrama harian tuk budak sekolah rendah tu minta murid2 dibenarkan balik setiap minggu. Dorang pun nak masa utk diri sendiri pd hari minggu. Yela budak2 tak balik cikgu la kena jaga dorang ye dak.

Tp kan bab mkn kat kantin tu iols rasa cam ok je maybe sbb takyah berebut mkn kt kantin kot.
Kalau pasnih dibenarkan beli kat kantin masih boleh ke kalau nk makan dlm kelas eh utk yg bawak bekal.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.077562 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list