Amman: Mahkamah Jordan, pada Rabu, menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun kepada bapa saudara Raja Jordan, Raja Abdullah 11 atas kesalahan rasuah, menurut pegawai kehakiman.
Walid al-Kurdi sebelum ini sudah dijatuhkan hukuman penjara lebih 37 tahun pada 2013, kerana penyalahgunaan kuasa.
Prosiding dijalankan tanpa kehadiran tertuduh kerana lelaki itu sudah melarikan diri dari Jordan.
Walid adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Jordan Phosphate Mines Co yang juga pembekal utama dunia.
Dia dibicarakan dalam kes terbaru kerana salah guna kuasa dan rasuah ketika dia berkhidmat dengan syarikat itu.
Sebagai tambahan kepada hukuman penjara baharu, mahkamah mendendanya sebanyak190 juta dinar (kira-kira RM1.1 bilion), kata pegawai kehakiman itu.
Kesalahannya sebelum ini berkaitan dengan 'urus niaga jualan dan penghantaran', kata seorang pegawai kehakiman.
Mahkamah juga membekukan asetnya pada 2013.