View: 770|Reply: 10
|
[Dunia]
Jerman akan hantar 50 kereta kebal ke Ukraine
[Copy link]
|
|
JERMAN mengumunkan akan menhantar 50 kereta kebal anti pesawat ke Ukraine.- Marcus Rott/Bundeswehr
Jerman akan hantar 50 kereta kebal ke Ukraine
BERLIN – Kementerian Pertahanan Jerman memaklumkan bahawa Berlin bersetuju untuk menghantar 50 kereta kebal anti pesawat ke Ukraine bagi membantu Kiev menentang Russia, lapor United Press International (UPI).
Berlin selama beberapa dekad mengekalkan dasar untuk tidak melabur dalam aspek ketenteraan dan enggan memberikan bantuan ketenteraan kepada negara lain susulan penglibatan Jerman dalam Perang Dunia Kedua.
Bagaimanapun, pencerobohan Russia ke atas Ukraine pada 24 Februari lalu menandakan titik perubahan bagi Jerman, kata Canselor Olaf Scholz.
Sejak pencerobohan itu, Jerman mengumumkan penghantaran senjata kepada Ukraine dan memutuskan untuk mengukuhkan pertahanan negara.
Bagaimanapun, Berlin masih dikritik kerana tidak memberi lebih banyak bantuan kepada Ukraine dan tidak mempedulikan gesaan Presiden Volodymyr Zelenskyy untuk mendapatkan senjata berat.
Pada Selasa lalu, Menteri Pertahanan Jerman, Christina Lambrecht mengumumkan bahawa Berlin akan menghantar stok 50 kereta kebal anti-pesawat Gepardnya ke Ukraine.
“Ini adalah apa yang diperlukan Ukraine sekarang,’’ katanya kepada sidang akhbar.
Kereta kebal dilengkapi dua meriam automatik itu adalah sebahagian daripada pertahanan udara tentera Jerman sebelum dibubarkan pada 2010, demikian menurut tentera udara Jerman. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... a-kebal-ke-ukraine/
|
|
|
|
|
|
|
|
Nuklear jangan tak nuklear! |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 29-4-2022 05:38 AM
Nuklear jangan tak nuklear!
Tunjukkan kuasa nuklear mu itu |
|
|
|
|
|
|
|
Aikk..bukan ke kata jerman taknak involve sebab diorang amek supply gas line dari russia? |
|
|
|
|
|
|
|
nama tak sauk saham peluru ja. ada ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 29-4-2022 07:15 AM
nama tak sauk saham peluru ja. ada ka?
Akak main bursa lokal jah
Tak tau la kampeni lokal mana ada jual peluru |
|
|
|
|
|
|
|
Adoii jerman dah terlibatt secara serious, abg putin mesti bertambah marahh, jgn jd perang donia |
|
|
|
|
|
|
|
Amboiii sempattt lagi yachh berhatii hitamm
|
|
|
|
|
|
|
|
Orenn1 replied at 29-4-2022 09:55 AM
Amboiii sempattt lagi yachh berhatii hitamm
Maafkan iols..iols tahu keadaan uols hari tu
Tp mmg tak dinafikan, now plantation stocks and energy stocks tgh rally
Energy tu naik sbb german udah join Europe dan US takmau amik crude oil dr russia. Hari tu kan jerman tak kisah mau jugak beli dr russia.
Skang jerman sudah tagteam sama US dan EU lain.
Plantation lak tgh rally sbb perang ni dan juga sbb now Indonesia tgh ban export sawit sbb jokowi nak make sure ummah indon ada cukup supply minyak masak.
Sbb kalo x cukup minyak masak, and rege naik, pastu nanti ummah indon akan turun ke jalanan utk protes2 ya
|
|
|
|
|
|
|
|
saya ingat kat fesbuk dan youtube je ramai yang acah tau semua benda sembang pasal perang dunia... yang kat forum acah2 urban acah2 skandinavia komplen faraid tak adil padahal mak ayah panjang umur ada rebus ketupat dikampung pung acah2 sembang perang dunia juaaaaaaaaaah... prfffffffffffffffffght
|
|
|
|
|
|
|
| |
|