|
BEIRUT: Rakyat Lebanon mula menaruh harapan kepada Bilionair, Elon Musk dengan meminta dirinya mempertimbangkan untuk membeli negara itu.
Lapor Arab News, rakyat Lebanon berkata, jika Musk boleh merevolusikan industri kereta elektrik dan media sosial, dia pasti mampu menyelamatkan Lebanon.
Beberapa pakar meramalkan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla itu akan gagal menguruskan syarikat Twitter, malah ramai juga yang beranggapan Lebanon akan bertambah lebih buruk sekiranya dibeli oleh Musk.
Lebanon, Foto: AFP
Segelintir pengguna media sosial merasakan tindakan Musk membeli Twitter sesuka hati adalah kurang ajar kerana sudah dirancang selama lebih empat tahun.
Pengguna media sosial masih ternanti-nanti bagaimana Musk akan bertindak balas terhadap permintaan daripada rakyat Lebanon untuk membeli negara itu.
Terdahulu, Musk memeterai perjanjian untuk membeli Twitter Inc dengan bayaran tunai sebanyak AS$44 bilion (RM191.5 bilion) yang menyamai jumlah keluaran dalam negara kasar Jordan.
Pada Disember 2017, Musk menggunakan Twitter dengan meluahkan perasaan cintanya terhadap platform itu.
Malah, golongan pengguna pernah mencadangkan kepadanya membeli Twitter ketika itu dan Musk sempat bertanyakan kos tersebut.
Februari lalu, Menteri Transformasi Digital Ukraine menghantar mesej dalam Twitter meminta Musk menjadikan sistem internet satelitnya, Starlink disediakan di Ukraine. -CARI
Sumber: Utusan Online |
|