CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 737|Reply: 1

[Tempatan] LITRAK, SPRINT beri diskaun kepada pengguna lebuh raya

[Copy link]
Post time 29-4-2022 05:26 PM | Show all posts |Read mode
LITRAK, SPRINT beri diskaun kepada pengguna lebuh raya


GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) bakal menikmati diskaun selama empat hari.

Diskaun boleh dinikmati pada esok (30 April); Ahad (1 Mei); 7 Mei (Sabtu) dan 8 Mei depan (Ahad).

Diskaun 50 peratus diberikan kepada pengguna LDP manakala untuk 30 peratus bagi yang melalui lebuh raya SPRINT dua lebuh raya berkenaan dengan membabitkan semua kelas kenderaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan LITRAK, Sazally Saidi berkata, langkah itu adalah inisiatif pihaknya dan SPRINT dalam menyambut baik seruan kerajaan serta turut sama meraikan sambutan perayaan itu melalui pemberian diskaun .

Katanya, dianggarkan hampir 2 juta pengguna LDP dan SPRINT akan menerima manfaat daripada sejumlah RM 1.96 juta subsidi tol yang akan diberikan pada musim Aidilfitri tahun ini.

"Inisiatif ini dimulakan sejak tahun 2010, dengan harapan ia akan memanfaatkan pengguna lebuh raya dan dalam masa yang sama, satu platform untuk syarikat konsesi itu berkongsi kegembiraan menyambut Syawal selepas dua tahun negara terkesan dengan pandemik.

"Sejak 2010 hingga tahun lalu, LITRAK dan SPRINT memberikan hampir RM15.5 juta subsidi tol kepada 22.4 juta pengguna lebuh raya ketika musim perayaan.

"Kami menyambut baik hasrat pihak kerajaan dan pengumuman yang dibuat sebelum ini oleh Perdana Menteri dengan harapan dapat bersama-sama dengan pengguna lebuh raya untuk berkongsi kegembiraan menyambut Syawal yang tiba," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Sazally berkata, LITRAK mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri kepada semua Muslim dan menasihati pengguna jalan raya agar mengamalkan pemanduan yang selamat.

"Kekal selamat dan patuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP) yang sudah dikeluarkan," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pengguna-lebuh-raya

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2022 06:05 PM | Show all posts
Makin banyak joint beri discount nampaknya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.177763 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list