View: 534|Reply: 6
|
[Tempatan]
COVID-19: Sabah jangka kes meningkat lepas Aidilfitri, Pesta Kaamatan
[Copy link]
|
|
sumber: bernama.com
COVID: Kes di Sabah dijangka meningkat selepas Aidilfitri, Pesta Kaamatan
2-3 minutes
KOTA KINABALU, 3 Mei (Bernama) -- Jumlah kes baharu di Sabah dijangka bertambah selepas sambutan Aidilfitri dan Pesta Kaamatan berdasarkan maklumat daripada Kementerian Kesihatan (KKM), kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Seri Masidi Manjun.
Jurucakap COVID-19 Sabah itu bagaimanapun berkata peningkatan kes COVID-19 tersebut boleh dikurangkan jika orang ramai mengamalkan sikap bertanggungjawab semasa menyambut kedua-dua perayaan berkenaan.
"Patuhi semua saranan KKM termasuk penggunaan pelitup muka walaupun tidak lagi mandatori di ruang terbuka. Data kajian dalam beberapa bulan ini menunjukkan majoriti kes baharu di Sabah berpunca daripada jangkitan sporadik.
"Atas sebab inilah kita amat menyarankan agar orang ramai terus menggunakan pelitup muka semasa berada di khalayak ramai seperti majlis-majlis sambutan dan perayaan," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata situasi COVID-19 di Sabah hari ini kekal terkawal dengan hanya 12 jangkitan baharu, susut dua kes berbanding angka semalam.
"Tidak ada jangkitan baharu dilaporkan di 22 daripada 27 daerah di Sabah sepanjang 24 jam lepas," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bergantung pada kewaspadaan dan kesetiaan memakai topengan.. |
|
|
|
|
|
|
|
konspirasi supaya tak bagi sabahan sambut keamatan |
|
|
|
|
|
|
|
cepat2 la merdeka puak pencinta Borneo... |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan kata begitu.. Lebih baik keluarkan aje Hari Pekerja dari senarai cuti umum Malaysia..
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Alahhh mcm x biasa.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|