|
Gambar hiasan.
Hujan lebat, ribut petir di 4 negeri petang ini
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang bakal berlaku melibatkan empat negeri sehingga pukul 5 petang hari ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook berkata, cuaca buruk tersebut diramal melanda keseluruhan negeri Perlis dan beberapa daerah di Kedah iaitu Langkawi dan Kubang Pasu.
“Di Sarawak, hujan lebat serta ribut petir dilaporkan tertumpu sekitar Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau) dan Limbang (Lawas).
“Bagi Sabah pula, ia dijangka melanda kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan dan Kudat,” katanya di sini hari ini.
Oleh itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir bagi kawasan terlibat sepanjang tempoh berkenaan.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... egeri-petang-ini-2/
|
|