CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 480|Reply: 0

[Tempatan] Pasaran hartanah pulih pada 2022

[Copy link]
Post time 5-5-2022 01:29 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 4-5-2022 09:31 AM

Pasaran hartanah pulih pada 2022[size=14.399999618530273px]



SEKTOR kediaman adalah yang paling mantap, menyumbang 66.2 peratus dengan 198,812 transaksi bernilai RM76.9 bilion.



PEMULIHAN yang kukuh pada 2021 dari 2020 mencerminkan keyakinan pengguna dan pasaran hartanah yang lebih baik bagi tahun ini, kata Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA).

Presiden MIEA Chan Ai Cheng berkata yang lebih penting, orang ramai perlu mengambil serius bahawa indeks harga rumah sudah menyaksikan peningkatan ketara kepada RM320,000, berbanding RM295,000, pada 2020.

Menurut laporan pasaran hartanah MIEA yang terkini, jumlah urus niaga untuk 2021, naik 1.5 peratus kepada 300,497 unit dengan nilai RM144.87 bilion, menokok 21.7 peratus dalam tempoh yang sama berbanding tahun sebelumnya.

Peningkatan peratusan mungkin kelihatan kecil tetapi ia menandakan pemulihan. Suku terakhir 2021 meyaksikan penambahan yang mencetuskan jumlah transaksi sebanyak 99,462 unit, yang kami percaya mungkin sebahagian besarnya disumbangkan oleh insentif Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang berakhir pada Disember 2021," katanya.

Seperti pada tahun-tahun sebelumnya, Chan menjelaskan sektor kediaman adalah yang paling mantap, menyumbang 66.2 peratus dengan 198,812 transaksi bernilai RM76.9 bilion, manakala sektor pertanian mencatatkan 18.9 peratus dan sektor komersial menyumbang 7.5 peratus.

Negeri-negeri berikut menyumbang lebih daripada 50 peratus jumlah urus niaga, iaitu Selangor (61,507), Perak (36,893), Johor (36,145) dan Kedah (25,077).

Laporan itu juga menyerlahkan bahawa jumlah keseluruhan daripada 43,860 hartanah kediaman baharu sudah dilancarkan pada tahun lalu yang merangkumi 31,678 (43.3 peratus) hartanah bertanah dan 13,182 (25.9 peratus) bertingkat tinggi.

Namun, hanya 39.3 peratus daripadanya berjaya dijual, menghasilkan hartanah yang tidak terjual sebanyak 36,863, tertinggi sejak lima tahun lepas.

Laporan itu juga menjelaskan senario ini amat membimbangkan pemaju kerana ia boleh menjejaskan aliran tunai mereka.

"Pembeli perlu diberi amaran supaya tidak terlalu terkejut dengan kenaikan hartanah tidak terjual kerana ini bukan menggambarkan realiti bagaimana pasaran hartanah bergerak," katanya.



Disiarkan pada: Mei 4, 2022 @ 12:00am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.231215 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list