CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 450|Reply: 2

[Dunia] Biden umum bantuan pakej senjata AS$150 juta untuk Ukraine

 Close [Copy link]
Post time 7-5-2022 10:28 AM | Show all posts |Read mode
Biden umum bantuan pakej senjata AS$150 juta untuk Ukraine


Penduduk tempatan bersama kereta kebal Russia yang dimusnahkan di Irpin, Ukraine. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menandatangani pakej senjata baharu bernilai AS$150 juta (RM655 juta) untuk Ukraine, bagi membantu Kyiv menangkis pencerobohan Russia.

"Hari ini, AS meneruskan sokongan padu kami untuk rakyat Ukraine yang berani ketika mereka mempertahankan negara dari pencerobohan berterusan Russia," kata Biden dalam satu kenyataan.

AS sudah menyegerakan bantuan senjata bernilai AS$3.4 bilion (RM14.8 bilion) ke Ukraine sejak Russia menyerang pada 24 Februari lalu, termasuk meriam jenis howitzer, sistem anti-pesawat Stinger, peluru berpandu Javelin anti kereta kebal, peluru dan dron taktikal 'Phoenix Ghost'.

Pegawai AS berkata, pakej baharu bernilai AS$150 juta (RM655 juta) itu meliputi 25,000 peluru meriam 155mm, radar balas artileri, peralatan sekatan, peralatan medan serta alat ganti.

Bulan lalu, Biden mencadangkan pakej bantuan AS$33 bilion (RM144.2 bilion) untuk Ukraine, termasuk lebih daripada AS$20 bilion (RM87.39 bilion) bantuan ketenteraan.

Kongres perlu meluluskan pakej pembiayaan baharu itu. Pemimpin Dewan Perwakilan Rakyat dan Senat berkata, mereka mahu ia diselesaikan segera, namun belum menyatakan bila mereka akan mengundi.

Biden menggesa penggubal undang-undang untuk bertindak segera memandangkan pengeluaran dana pihak berkuasa bagi tujuan kecemasan 'hampir habis'.

"Kongres harus segera menyediakan pembiayaan yang diminta untuk mengukuhkan Ukraine di medan perang dan di meja rundingan," katanya.

AS sudah melatih beberapa pasukan Ukraine mengenai cara menggunakan sistem seperti meriam howitzer.

Pakej baharu itu diumumkan ketika Biden bersedia menyertai pemimpin Kumpulan Tujuh menerusi sesi panggilan video esok.

Presiden Russia, Vladimir Putin melancarkan perang di Ukraine sebagai pertempuran untuk melindungi penutur Russia di negara itu daripada penganiayaan Nazi serta langkah berjaga-jaga kemungkinan ancaman AS terhadap Russia yang dicetuskan menerusi NATO.

Ukraine dan barat menolak dakwaan fasisme sebagai tidak berasas dan mengatakan Putin melancarkan perang pencerobohan tanpa provokasi mereka.

Ukraine dan sekutunya turut mendakwa pengeboman oleh Russia menjejaskan lebih ramai orang awam, namun Russia pula menafikan dakwaan itu dan berkata hanya menyasarkan tapak tentera atau strategik, bukan orang awam. - REUTERS.

Sumber:https://www.bharian.com.my/dunia ... -juta-untuk-ukraine

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2022 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Nuklear jangan tak nuklear!
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 03:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.139219 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list