View: 815|Reply: 5
|
[Tempatan]
1,251 kes baharu COVID-19, sembilan kes kematian dicatat
[Copy link]
|
|
1,251 kes baharu COVID-19, sembilan kes kematian dicatat
Foto hiasan
PUTRAJAYA: Sebanyak 1,251 kes baharu COVID-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi sekali gus menjadikan sehingga kini angka jangkitan berkenaan meningkat kepada 4,455,364 kes.
Menerusi laman sesawang COVIDNOW, kes harian itu membabitkan 1,242 kes penularan tempatan dengan sembilan lagi adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
Daripada jumlah keseluruhan kes jangkitan di negara ini, setakat ini terdapat sejumlah 26,099 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19.
Jumlah itu membabitkan 95.7 peratus atau 24,978 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah; hospital (1,026), Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) (19), Unit Rawatan Rapi (ICU) (37) dan ICU serta memerlukan alat bantuan pernafasan (39).
Perincian bagi kes yang dikesan semalam, terdapat tiga negeri mencatatkan pertambahan kes tiga angka iaitu paling tinggi dilaporkan di Selangor dengan 438 kes, diikuti Kuala Lumpur (284) dan Pulau Pinang (100).
Selain itu, bagi negeri lain pula ialah Perak dengan 64 kes baharu, Kedah (61), Melaka (57), Johor (50), Negeri Sembilan (43), Sarawak (34), Pahang (27), Sabah (26), Terengganu (19), Putrajaya (17), Kelantan (15), Perlis (14) dan Labuan (2).
Dalam pada itu, data yang dikongsi oleh COVIDNOW turut menunjukkan semalam terdapat 2,599 kes sembuh dilaporkan menjadikan sehingga kini sebanyak 4,393,689 individu sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan berkenaan.
Mengenai angka korban di negara ini, sehingga kini sebanyak 43,106 kes kematian sudah dilaporkan di negara ini.
Jumlah itu dicapai selepas pertambahan sembilan kes kematian semalam termasuk dua daripadanya adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).
Selangor mencatatkan tiga kes kematian, termasuk satu kes BID, disusuli dua kes di Kedah termasuk satu kes BID dan masing-masing satu kes kematian di Perak dan Pulau Pinang.
Sementara itu, bagi pemberian vaksin COVID-19 di negara ini, secara keseluruhannya semalam sebanyak 19,105 dos diberikan, jumlah itu membabitkan 4,382 bagi dos pertama, dos kedua (13,214) dan dos penggalak (1,509 dos).
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... es-kematian-dicatat
|
|
|
|
|
|
|
|
Mencanak balik la slps beraya sakan |
|
|
|
|
|
|
|
Covid? Who cares? Covid now da jd bahan lawak utk org amik mc extend cuti raya ???? |
|
|
|
|
|
|
|
tikusmontok replied at 7-5-2022 10:53 AM
Mencanak balik la slps beraya sakan
Antara penyumbang kes covid terbaru adalah anak saudara hubby aku sekeluarga di Johor
Aku nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah kerana sekeluarga berjasa menjadi penyumbang kes covid terkini
Sebelum ni punyalah meriak update kat SOCMED berjimba sana sini dengan perangai JAKUN beraya
Bila dah kena covid terus menikus
Entah2 tak declare kat MySejahtera coz tahu sangat perangai lahanat dia laki bini yang suka sondol SOP |
|
|
|
|
|
|
|
otai_g replied at 8-5-2022 09:04 AM
Covid? Who cares? Covid now da jd bahan lawak utk org amik mc extend cuti raya ????
Iye ke lawak?dah mati org terdekat nanti baru tak lawak lagi gamaknya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|