CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 956|Reply: 19

[Politik] UMNO tidak perlukan sahabat tiada pendirian - Zahid

[Copy link]
Post time 7-5-2022 06:52 PM | Show all posts |Read mode
UMNO tidak perlukan sahabat tiada pendirian - Zahid


Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyantuni orang ramai yang hadir Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kompleks UMNO Bagan Datuk. - Foto NSTP/Noor Hidayah Tanzizi

BAGAN DATUK: "Itu pandangan PAS... daripada awal itulah pendirian kita tetapi mereka sudah memperlihatkan sikap talam dua muka," kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata demikian ketika diminta mengulas PAS masih lagi menganggap konsep penyatuan ummah yang digagaskan oleh parti itu dan UMNO di bawah payung Muafakat Nasional (MN) adalah formula terbaik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ahmad Zahid berkata, UMNO tidak mahu sahabat yang tidak mempunyai pendirian tetap dalam setiap tindakan dan keputusan yang dilakukan.

"Kita tidak mengambil kira bahawa soal kononnya politik matang sebagai organisasi apatah lagi pertubuhan politik yang siang cakap lain dan malam berubah bercakap lain pula apatah lagi esoknya.

"Kita mahu rakan yang setia dan kesetiaan itu bukan hanya kata-kata tetapi dari segi tindakan dan juga keputusan yang dilakukan.

"Kita juga tidak mahu sindir menyindir dilakukan, maka kita sudah kenal mana yang mutu dan mana yang manikam... sekilas ikan di air kita sudah kenal jantan betinanya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kompleks Umno Bagan Datuk, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Semalam media melaporkan, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan pemahaman PAS berdasarkan Piagam MN dan penyatuan ummah bukan hanya terhad kepada parti tertentu saja, sebaliknya dalam piagam itu jelas menyatakan MN boleh disertai mana-mana parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) atau individu yang mempunyai matlamat sama iaitu ke arah penyatuan ummah.

Beliau dilaporkan berkata, disebabkan itu PAS masih lagi menyeru supaya penyatuan ummah membabitkan semua pihak terutama parti Melayu Islam, parti Bumiputera dan parti bukan Melayu yang tidak ekstrim sebagaimana yang disebut oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Mengulas lanjut Ahmad Zahid berkata, strategi menghadapi PRU-15 secara solo adalah yang sebaiknya selepas cubaan dan peluang yang diberikan tidak dimanfaatkan dengan baik.

"Saya fikir itulah (bergerak secara solo) yang sebaiknya sebab kita sudah mencuba beberapa kali untuk memberikan ruangan yang secukupnya bagi mereka untuk terus mempersetujukan apa juga perkara yang terkandung dalam piagam penyatuan ummah.

"Tetapi sikap mereka tidak begitu maka eloklah kalau kita lupakan saja hasrat yang dinyatakan oleh mereka itu," katanya.

Mengenai status kerjasama UMNO dan PAS setakat ini, jika terdapat dua dasar kerjasama yang berlainan iaitu di negeri dan persekutuan, Ahmad Zahid berkata, perkara perlu menghormati keputusan yang sudah dibuat oleh parti masing-masing.

"Saya fikir elok kita hormat keputusan yang sudah dibuat oleh Majlis Tertinggi dan kita juga menghormati keputusan yang Majlis Syura Pas dan Jawatankuasa PAS Pusat, eloklah kita saling menghormati keputusan parti masing-masing," katanya.

Sementara itu, mengenai UMNO Terengganu tidak akan bekerjasama dengan PAS pada PRU-15 dan akan meletakkan calon bertanding di 32 kerusi DUN serta lapan kerusi Parlimen, Ahmad Zahid berkata, beliau menghormati keputusan yang dibuat oleh Badan Perhubungan UMNO negeri itu.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... ada-pendirian-zahid

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2022 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Umno sudah kuat sekarang..jadi tak perlu lah Pas nak jadi partner ke hapa..amacam hadi awang?..best oo kena sound kat wak zahidddd…
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 08:03 PM | Show all posts
Rasain..betul kata allahyarham tok guru nik aziz..umno tak boleh buat kawan...( dia dah pesan) tapi PASSS sudah lupa demi fulusssssssssssssssss sanggup jual maruah
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 08:07 PM | Show all posts
ujung2 yang salah umno gak

padahal PAS yang lari pergi ke PN

takpelah.. play victim la katakan

pura2 tak tahu
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
PAS lidah bercabang. semua parti yg penah kerjasama dgn Pas kena khianat
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 08:25 PM | Show all posts

Arwah Nik Aziz dah banyak kali berpesan sedemikian

Takmo dengar ... diri sundri aje lah salah



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2022 08:44 PM | Show all posts
rinduuuuuu dgn ...."wa pas no hal kaluuuuuu"
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 08:47 PM | Show all posts
Aku dah tau beza PN dgn MN.

BN ja aku tau. BN tu UMNO kan?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2022 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tau MN formula terbaik kenapa main dua kolam?
Ke baru sedar PN tak dpt sambutan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
orion_pax replied at 7-5-2022 07:19 PM
Umno sudah kuat sekarang..jadi tak perlu lah Pas nak jadi partner ke hapa..amacam hadi awang?..best  ...

PAS yg tidak memerlukan UMNO, lebih memilih utk bersama dgn BERSATU yg tidak boleh diterima oleh UMNO kerana BERSATU berhasrat nak menghapuskan UMNO.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Kadang kadang kelakar jugak baca kat FB, bila MN dah tanda tanda nak retak banyak netizen yang pro Pas dah start panggil penyamun tak selunak mula mula dulu siap bergambar dengan Bossku, sama jugak bila dah bercerai dengan DAP mereka paling lantang panggil komunis padahal sebelum ni masa dalam Pakatan Rakyat bukan komunis ke? Tengok la nanti kalau bercerai pulak dengan Bersatu keluar la pulak perkataan " Semburit" .. tunggu masa ja
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
cm_matjawasp replied at 8-5-2022 11:22 AM
Kadang kadang kelakar jugak baca kat FB, bila MN dah tanda tanda nak retak banyak netizen yang pro P ...

Itulah politik..... Tiada kawan dn musuh yg kekal....
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama je semua...Masa kalah dulu tiba2 nak muafakat bagai...Dah rasa kuat tendang sana sini..

Elok lah jaman2 hyperinflation ni BN jadik kerajaan, sedap nak memaki nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 8-5-2022 12:00 PM
Itulah politik..... Tiada kawan dn musuh yg kekal....

Setuju. Jadi, kalau politik, gunalah alasan politik untuk bertukar2 warna. Jangan guna agama, dalil2 untuk menegakkan perbuatan politik.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Eeyyy wak jahid ni dah bongkak. Dulu ms najib kalah pas lah yg hulurkan tgn atas nama perpaduan ummah selamatkan dr lemas nak mampus air tkt hidung dah tu. La ni dah hidup semula terus bongkakk. Takleh pakai. Gila kuasa nk dia saja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2022 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
PAS ni ms PRN johor mcm mn mengendeng nak muafakat nasional konon2 blh dpt bertanding byk kerusi dan blh mng sbb berganding dgn umno… padahal dkt trg cukuplah kedekut nak bg kerusi ke umno kalau bergabung sama2… sejak pas berpkat dgn bersatu ni, aku dah tak berapa nak percaya kat pas.. mcm2 diperlinya ke umno…
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramainya penyokong Jawa perompak ni ek? Yang kes ex bf Kak Long kepala retak senyap jerk
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 04:00 PM | Show all posts
Laa..... yg dulu tu siapa yg mengimpit sape, sape yg minang sape.  Baru skr ni ke tau sahabat yg dicari tak ade pendirian.  PAS dlm keadaan apa pun, lebih baiklah bersendiri, dgn rakyatnya sendiri.  Dgn orang luar hanya boleh hai, hai kemudian bye, bye.  
Bak kuntum mekar berseri,  terselit di sanggul kukuh terpaku
Menjulang semangat senyum diberi, namun aku tetaplah aku



Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 8-5-2022 04:00 PM
Laa..... yg dulu tu siapa yg mengimpit sape, sape yg minang sape.  Baru skr ni ke tau sahabat yg dic ...

Dulu sama2 mengimpit dan sama2 jadi pemimpin kerajaan....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.069467 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list