CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 374|Reply: 1

[Tempatan] Flight Kota Bharu, Kuching, KK melonjak lebih 100 peratus masa musim raya baru ni

[Copy link]
Post time 8-5-2022 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu, Kuching, KK destinasi paling laku keras musim raya
NURUL NABILA AHMAD HALIMY
2-3 minutes

Antara laluan domestik yang menjadi destinasi teratas syarikat penerbangan Malaysia pada musim perayaan adalah Kota Bharu, Kelantan Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.

Antara laluan domestik yang menjadi destinasi teratas syarikat penerbangan Malaysia pada musim perayaan adalah Kota Bharu, Kelantan Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.

SHAH ALAM - Semua rakyat Malaysia lebih bersemangat menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah dua tahun tidak boleh pulang ke kampung kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lebih bermakna apabila kerajaan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) dengan membenarkan orang ramai merentas negeri dan mereka mengambil kesempatan itu dengan membeli tiket penerbangan sejak awal bagi menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta.

Menurut jurucakap AirAsia, terdapat lima laluan domestik yang menjadi tumpuan orang ramai dan tiket penerbangan ini laris bak pisang goreng panas sempena musim perayaan.

Destinasi ‘panas’ tersebut adalah Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuching, Kuala Terengganu dan Alor Setar.

Umum mengetahui setiap kali musim perayaan, trafik lalu lintas ke pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu sesak.

Ada yang mengambil masa sehingga 17 ke 22 jam untuk sampai ke destinasi yang mungkin menjadi salah satu faktor mengapa masyarakat memilih menaiki pesawat untuk pulang beraya.

Keadaan aliran trafik yang sesak ke arah Utara dan Pantai Timur mungkin menjadi salah satu faktor utama ramai yang memilih menaiki pesawat untuk pulang beraya pada tahun ini.

Keadaan aliran trafik yang sesak ke arah Utara dan Pantai Timur mungkin menjadi salah satu faktor utama ramai yang memilih menaiki pesawat untuk pulang beraya pada tahun ini.

Bagi mereka di Sabah dan Sarawak dan merindukan suasana kampung, semestinya perlu menaiki pesawat untuk pulang sehingga menjadikan laluan domestik itu sebagai destinasi teratas setiap kali menjelang musim perayaan.

Menurut jurucakap Malaysia Airlines, terdapat peningkatan ketara terhadap penjualan tiket yang melebihi 100 peratus.

Antara destinasi merekodkan muatan lebih 90 peratus ialah Kuching, Sarawak, Kota Bharu, Kelantan dan Kota Kinabalu, Sandakan serta Tawau di Sabah.

Walaupun wujud dakwaan syarikat penerbangan menaikkan harga tiket di musim perayaan, itu tidak mematahkan semangat rakyat Malaysia untuk pulang beraya di kampung dengan menaiki pesawat setelah dua tahun ‘dikurung’ pandemik.

sumber: sinarharian.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2022 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tempat akak dari 2 hari terakhir Ramadhan ke Raya ke-5 jem teruk. Perjalanan 30 minit ambik masa 2-3 jam nak tembus dari Point A ke Point B. Plate number banyak dari luar dowh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.037993 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list