CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1223|Reply: 9

[Tempatan] [Raya sebulan] Tempahan catering melonjak lebih 10 kali ganda berbanding sebelum PKP dua tahun lepas. Setiap hari ada shj open house

[Copy link]
Post time 8-5-2022 03:53 PM | Show all posts |Read mode
Tempahan katering rumah terbuka mungkin meningkat 10 kali ganda
NORAFIZA JAAFAR
3-4 minutes

KUALA LUMPUR - Tempahan katering bagi penganjuran rumah terbuka Aidilfitri mungkin meningkat 10 kali ganda berbanding sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu.

Pengusaha Katering Pengkalan Selera, Mohamad Syukri Mahruz Ali, 38, berkata, dua tahun tidak beraya menyebabkan banyak yang mengambil peluang dengan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) untuk menganjurkan rumah terbuka.

Menurutnya, sekatan selama dua tahun juga menyebabkan banyak acara tertunda dan ramai yang memilih musim perayaan untuk menganjurkan majlis.

"Setiap hari ada tempahan katering yang perlu disiapkan.

Jumlahnya meningkat pada hujung minggu terutama pada tarikh 14 Mei dan 15 Mei yang menerima tempahan tertinggi.

" Kami mula buka tempahan sejak Ramadan lalu, setakat ini tempahan meningkat tiga kali ganda dan boleh mencecah 10 kali ganda menjelang hujung Syawal memandangkan kami masih membuka tempahan," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Dia yang sudah 18 tahun menceburi bidang katering berkata, lebih 100 pelanggan membuat tempahan setakat ini melibatkan 5,000 pek makanan yang perlu disiapkan.

"Ada juga yang mengambil peluang untuk melangsungkan majlis pernikahan pada musim perayaan ini.

" Setiap hari saya siapkan tempahan pelanggan sampai tak sempat lagi untuk beraya pulang ke kampung," katanya yang menerima tempahan sekitar Lembah Klang, Bangi dan Putrajaya.

Sementara itu, Pengusaha Pak Dean Lemang Tradisi, Kamariah Yeop, 67, berkata, tidak menang tangan menyiapkan tempahan lemang dan rendang daripada pelanggan yang sanggup beratur hampir 500 meter di gerainya di Hulu Klang sejak minggu akhir Ramadan lalu.

Menurutnya, jumlah tempahan akan terus meningkat selepas warga kota mula pulang bekerja dan menganjurkan rumah terbuka.

"Saya jangka minggu depan akan bertambah sibuk apabila agensi kerajaan dan swasta mula buat rumah terbuka. Sudah ada tempahan lemang untuk rumah terbuka untuk minggu depan.

"Setakat ini hampir 10,000 batang buluh habis digunakan untuk bakar lemang dan akan menambah 10,000 buluh lagi untuk stok hingga hujung Syawal," katanya.

Katanya, setiap hari sebanyak 500 hingga 700 lemang dibakar dengan setiap sesi mengambil masa hingga dua jam 30 minit.

Dia akui gembira dengan sambutan yang diterima dan menganggap situasi itu seperti orang melepas geram selepas dua tahun tidak dapat beraya.

"Sejak akhir Ramadan membawa ke pagi Syawal dan hingga kini sibuk berniaga hingga belum sempat untuk cuti raya lagi. Anak-anak turut ambil cuti untuk bantu berniaga.

"Kami hanya berniaga lemang dua kali setahun iaitu Aidilfitri dan Aidiladha. Mungkin lepas dua tahun tak dapat beraya, orang lepas geram dengan beraya sakan tahun ini dengan buat rumah terbuka," katanya.

sumber: sinarharian.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2022 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat ke ramai terkesan sbb pkp..dan bersedia hadapi inflasi..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 04:13 PM | Show all posts
untunglah mila jirin
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysian pelahap
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 09:13 PM | Show all posts
tolong hantar ke rumah sikit sapa yang buat open house tu
sperti tahun2 lalu aku tak balik beraya
tiada ketupat lemak rendang apa saja juadah raya di rasai
tapi aku teringin benor laksa johor
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
gekkou replied at 8-5-2022 09:13 PM
tolong hantar ke rumah sikit sapa yang buat open house tu
sperti tahun2 lalu aku tak balik beraya
ti ...

Duk mana? Ramai tul mencari laksa johor ya raya2 ni.
Iols dulu rajin gak buat laksa johor tp kat umah ni tak laku sgt biasanya iols je yg beria2 suka makan. So dh malas nk buat kalau nak mkn beli je.
Iols bukan org johor tp suka makan semua jenis laksa.
Raya aritu ada makan laksa tioman kat umah mak sedara, lebih kurang laksa johor gak tp guna ikan tongkol seketul2 tu.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2022 11:41 PM | Show all posts
Suchi replied at 8-5-2022 11:31 PM
Duk mana? Ramai tul mencari laksa johor ya raya2 ni.
Iols dulu rajin gak buat laksa johor tp kat u ...

meols sendirian kat KLkalau ada yang buat sedap
sanggup nak tempah
boleh juga sedekah pada jiran2 dan kawan2
so far pergi few kedai yang jual...tak sedap
putrajaya warong mengopi ada jual, tak sedap kuahnya
restoren azira shah alam pun try juga
agak sedap jua...cuma jauh nak pergi
muo.le pun pernah try. tak sedap
meols suka laksa letak sambal/ cili api dan sayur banyak2

laksa tioman first time dengar namanya
yang tak boleh telan laksam dan laksa sarawak

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
i dah berjuta tahun tak host open house . Last entah bila masa muda dulu, pun buat sbb nak entertain customer. jemput semua customer. Bila dah sell out bussiness , tak tahu nak jemput siapa kalau buat pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2022 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adm7 at 9-5-2022 08:53 AM

Sambutan raya ala melayu. tak lengkap raya kot kalau takda ritual open house. Kadang2 lajak sampai bulan zulkaedah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingersting at 9-5-2022 08:58 AM
adm7 replied at 9-5-2022 08:51 AM
Sambutan raya ala melayu. tak lengkap raya kot kalau takda ritual open house. Kadang2 lajak sampai b ...


Sepertimana konsep beribadah....jgn kita all out hanya waktu bulan ramadhan..mana solat fardhunya...solat rawatibnya, solat tahajuddnya...mendermanya .....yg seharusnya dilangkaui kebulan bulan seterusnya selepas bulan ramadhan sehingga datangnya ramadhan lagi ...dan begitula seterusnya...

So apa beza konsep open house? Menjamu tamu?

Ada rezeki lebih keluarkheun lebih....kslau ada seadanya....kita beri seadanya jua...perkara baik....ada timeline kewww?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.050384 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list