View: 784|Reply: 7
|
[Tempatan]
Ibu bapa perlu cakna wabak 'kaki, tangan & mulut' (HFMD)
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 9-5-2022 04:34 PM
Kuala Lumpur: Kes kaki, tangan dan mulut (HFMD) mencatatkan peningkatan ketara apabila merekodkan sebanyak 22,463 kes di seluruh negara pada Minggu Epid 17/2022.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu meningkat 12.8 kali ganda berbanding pada minggu sama pada tahun lalu yang mencatatkan 1,752 kes.
"Kes HFMD banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia antara kosong hingga enam tahun iaitu sebanyak 21,508 kes atau 96 peratus.
"Ia diikuti kumpulan umur antara tujuh hingga 12 tahun iaitu 729 kes atau tiga peratus dan selebihnya berlaku dalam lingkungan usia lebih 12 tahun," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, sehingga kini, sebanyak 767 wabak dilaporkan di Malaysia dengan tiga negeri mencatatkan kes wabak tertinggi.
"Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing merekodkan jumlah kes sebanyak 259 wabak atau 33.7 peratus diikuti Selangor dengan 100 wabak atau 13.0 peratus dan Perak sebanyak 98 wabak atau 12.8 peratus.
"Majoriti lokasi penularan wabak berlaku di tadika, taska serta pra-sekolah iaitu 600 wabak atau 72 peratus diikuti rumah persendirian dengan 186 wabak atau 24 peratus dan pusat jagaan kanak-kanak sebanyak 26 wabak atau empat peratus," katanya.
Beliau berkata, penyakit HFMD disebabkan oleh Enterovirus dengan majoriti kes disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71 (EV71).
"Virus ini merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh dan najis pesakit. Kebiasaan jangkitan adalah ringan dengan gejala demam diikuti ruam melepuh pada tangan, kaki, mulut dan lidah.
"Hampir keseluruhan pesakit yang menghidap penyakit HFMD pulih tanpa rawatan dalam masa tujuh hingga hari. Namun, jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi teruk seperti encephalitis, pulmonary edema dan myocarditis," katanya.
Beliau menasihatkan orang ramai, terutama individu yang mempunyai anak kecil supaya mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko mereka dijangkiti.
Katanya, langkah itu termasuk membasuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan, selepas menukar lampin dan mencuci najis kanak-kanak.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/05/838878/22463-kes-hfmd-di-seluruh-negara
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mmg tgh alert la ni..musim raya weolls mmg tak ke tempat2 berisiko n setakat berziarah yg sedara penting2 je..risau masuk sekolah je ni mula la akan bercampur dgn budak2 lain ..kot la memasing masa beraya dah ada yg exposed hfmd..terjangkit pulak aihh..
Covid dah setel..post covid effect pun alhamdulillah dah mula membaik..
Penat weii jadi parents kat budak2 sekolah..all the time dok risau mcm2 pasal sakit2 berjangkit ni |
|
|
|
|
|
|
|
anak aku baru naik bintik kecik2..2 dkt kepala...2 dkt tgn...1 dkt kaki...taska dh call...tp bintik2 tu mengecut...tak mengelupas pulak..aku dh pening..kejap lg bwk gi klinik... |
|
|
|
|
|
|
|
Vaksin HMFD tak ambik kewww?
Kahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Kemaruk-Taikk replied at 9-5-2022 01:08 PM
Manzilla tersenyum sinis
Manzilla dah larikkk xnak tunjuk camne main mercun guna bontot |
|
|
|
|
|
|
|
Ada dah penganti... Dek Nah...muncul dari kuburan semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
mrsamz replied at 9-5-2022 12:24 PM
Mmg tgh alert la ni..musim raya weolls mmg tak ke tempat2 berisiko n setakat berziarah yg sedara pen ...
Emm aku tgk mak ayah gigih bwk anak baru menetas pi mall .. anak buah laki aku gigih bwk baby merah sewaktu rayee happy dpt tnjuk babyy.. aku no komen. Sakitt bkn aku yg susah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|