View: 837|Reply: 8
|
[Tempatan]
Perkhidmatan LRT Kelana Jaya terjejas akibat tren terkandas
[Copy link]
|
|
Antara penumpang LRT yang terjejas pagi tadi
Perkhidmatan LRT Kelana Jaya terjejas akibat tren terkandas
PETALING JAYA – Susulan kejadian Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang terjejas pagi tadi, pihak Rapid Rail Sdn. Bhd menjelaskan insiden tersebut berlaku disebabkan sebuah tren terkandas.
Rapid KL dalam satu kenyataan di laman Facebook berkata, tren bernombor 39 yang terkandas di Stesen LRT Taman Jaya akibat masalah sistem brek.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amir Hamdan memohon maaf ekoran kejadian yang berlaku dan memaklumkan pihak operasi telah mengaktifkan pelan perkhidmatan alternatif kepada penumpang terlibat.
“Kami ingin memohon maaf kepada semua pengguna yang telah mengalami kelewatan dan kesulitan untuk menuju destinasi khususnya ke tempat kerja pada pagi tadi.
“Pihak operasi telah mengaktifkan pelan perkhidmatan alternatif di mana penumpang dari arah Gombak dan Putra Heights perlu turun di Stesen LRT Asia Jaya dan mendapatkan tren yang berikutnya bagi meneruskan perjalanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, siasatan akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kerosakan tren terbabit.
“Siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kerosakan tren. Ini bagi memastikan kejadian seumpama ini dapat dielakkan di masa hadapan,” ujarnya.
Tambah Emir, pengumuman mengenai kelewatan perkhidmatan tren turut dibuat di stesen dan di dalam tren.
“Kakitangan operasi ditempatkan di platform Stesen LRT Asia Jaya bagi membantu penumpang mendapatkan tren sambungan.
“Buat masa ini kerja-kerja mengalihkan tren yang terkandas sedang giat dijalankan oleh jurutera Rapid Rail. Proses menunda keluar tren dijangka selesai pada jam 2 petang dan perkhidmatan akan dipulihkan ke frekuensi normal selepas itu,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... bat-tren-terkandas/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Normal lah, 2 cars trying to kiss each other (doggy style) but suddenly overshoot. |
|
|
|
|
|
|
|
Sian siapa yang baru nak start kerja hari ni |
|
|
|
|
|
|
|
Lega. Esok aku nak masuk ofis.. |
|
|
|
|
|
|
|
nasib i tengah kuarantin |
|
|
|
|
|
|
|
di mana penumpang dari arah Gombak dan Putra Heights perlu turun di Stesen LRT Asia Jaya dan mendapatkan tren yang berikutnya bagi meneruskan perjalanan
Wartawan ni faham tak apa yang dia tulis.
p/s - teringat sorang forummer kopipes pasal elongasi anak bulan syawal.
|
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik ponteng keje hri ni fuhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Semalam pun Monorel yg sememangnya sesak tu lagi la lambat servisnyanya...ada penumpang pengsan kat stesen Hang Tuah |
|
|
|
|
|
|
| |
|