View: 1002|Reply: 12
|
Bayi 11 Bulan Mati Di Rumah Pengasuh
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kes kematian bayi lelaki di rumah pengasuhnya di Kajang.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan daripada Pegawai Perubatan Hospital Serdang mengenai kejadian itu.
"ihak Hospital Serdang memaklumkan menerima bayi berusia 11 bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri yang dibawa dari rumah pengasuh.
Gambar Hiasan
"Keterangan daripada pengasuh sudah diambil.
"Setakat ini siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kematian bayi itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, bedah siasat sudah dijalankan hari ini di Unit Forensik Hospital Serdang.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
"Setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan," katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang ada maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi mana-mana balai terdekat atau Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Raziman Rasid di talian 019-4565502. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
jaga sendirilah mak2 ni patot tak payah kerja. duk umah jaga anak |
|
|
|
|
|
|
|
Mak tak kerja, bapak tak kerja, anak makan rumput |
|
|
|
|
|
|
|
Bkn semua mak mampu nk benti keje jaga anak
Semoga ibu ayah bby kuat |
|
|
|
|
|
|
|
Mak terpaksa kerja walau gaji tak seberapa. Kalau tak kerja gaji suami pun kecik. Ini realiti yang aku tau lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Senangnya kerja polis bab baby meninggal.kt rumah pengasuh just ambik keterangan je. Takda tahanan reman ke apa. Sekarang memang ambik mudah ya kes baby mati dirumah pengasuh. Macam kes anak yy kena jerut tu |
|
|
|
|
|
|
|
rosedemon replied at 11-5-2022 12:36 PM
jaga sendirilah mak2 ni patot tak payah kerja. duk umah jaga anak
Duduk rumah jaga anak pun boleh jana income malah lebih dari makan gaji. Masa pun flexible. Tapi tulah tak semua orang nak duduk rumah jaga anak. Leceh katanya. Lebih suka masuk opis. Ramai ya mak cmni. Masa pkp tu tengoklah berapa ramai rungutan tak tahan layan anak kat rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
ade tgk comel sgt bdknya. salam tkziah. makin byk plak kes ank mnnggal kt tgn pngasuh. kes2 sblum ni pun mcm tgantung ke snyap2 dh settle. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerja pengasuh gundu gemuk obesiti syaitan lagi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu aku xmahu kahwin waktu aku tengah top of the world
aku xmahu menganiaya anak aku kelak
Bila aku ready nak kahwin bermakna aku sudah ready membuang 50% keseronokan aku untuk anak aku , 50% lagi bapa dia kena berkorban juga.
Untuk sekarang jommmm kita pindah ke forum baru , yang lebih happening untuk kita semua...jommmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
rosedemon replied at 11-5-2022 12:36 PM
jaga sendirilah mak2 ni patot tak payah kerja. duk umah jaga anak
Baru semalam terjumpa satu posting d fb menggalakkan ibu2 hantar anak ke taska atau pengasuh
.katanya ia penting supaya ibu2 boleh ada me time and stay sane..gitewww |
|
|
|
|
|
|
|
- anak mati tertinggal dlm.kereta
- anak mati terlanggar reverse
- anak mati di rumah pengasuh
- tertinggal anak
- anak hilang di soping mall
- buang bayi kat surau/masjid.
- anak mati main beskal lajak
- anak mati/cedera main mercun
.... Semua yg.diatas happened to Melayu only
.. |
|
|
|
|
|
|
|
Makin banyak pulak kes macam ni dilapurkan sejak kebelakangan ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|