Untuk rekod, dia ni la dulu yang kata covid-19 tu sandiwara. Katanya lepas prn sabah kubid kosong.
Dia juga yang mendakwa pencerobohan di Lahad Datu juga adalah sandiwara dengan menyindir ATM. Katanya ATM cuma menyerang ayam dan anjing.
CYBERJAYA – Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohammadin Ketapi menegaskan Rang Undang-Undang RUU Antilompat Parti tidak wajar dilaksanakan dan tidak munasabah untuk dibahaskan.
Memetik laporan Awani, Mohammadin yang kini ahli Bersatu selepas keluar daripada Warisan, menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai hak kebebasan bersuara dan memilih seperti di negara maju yang lain.
Mohammadin berkata beliau tidak bersetuju dengan RUU Antilompat Parti, bukan kerana telah ‘melompat’ tetapi ia adalah hak wakil rakyat.
“Wakil rakyat ini berhijrah ke lain parti untuk memperkembang dan menyelesaikan masalah rakyat. Kalau pemimpin macam kita ini melompat demi rakyat, bah.
“Kalau di negara lain, ini (soal) bercakap tentang hak kebebasan dan sebagainya. Kita di Malaysia ini pun bercakap pasal hak kebebasan dan sebagainya.
“Tetapi orang berhijrah demi kepentingan rakyat dan negara dihalang dan (isunya) dibentangkan,” katanya.
Memetik laporan sama, beliau turut bersetuju untuk diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) pada bila-bila masa dan keputusan itu, menurutnya, terpulang kepada Perdana Menteri.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Segama turut mempertimbangkan untuk bertanding dalam PRU akan datang jika permintaan masih tinggi dan kondisi kesihatan mengizinkan.
Sumber Astro Awani
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
dia ni masa PH memerintah, dia jadi menteri pelancongan.. waktu tu covid19 melanda, macam makan gaji buta pun ada... takde apa2 tindakan ke apa pun masa tu.. kementerian pelancongan nampak takde function masa tu..
aku ingat lagi dia speaking , malaysia have many bitches (beaches tapi dengar lain)