View: 537|Reply: 3
|
[Tempatan]
SOP dah longgar pun masih ada sekolah larang murid turun kantin. Dedahkan nama2 sekolah
[Copy link]
|
|
Masih ada sekolah larang murid turun kantin
Oleh AHMAD FADHLULLAH ADNAN
11 Mei 2022, 12:39 pm
PETALING JAYA: Terdapat beberapa sekolah yang masih tidak membenarkan para pelajar untuk turun membeli dan makan di kantin meskipun Kementerian Pendidikan sudah memberikan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP), bulan lepas.
Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM), Siti Normah Md. Desa berkata, ketidaksediaan beberapa sekolah itu sedikit sebanyak menyukarkan pengusaha kantin, sedangkan kelonggaran sudah diberi pihak kementerian.
Justeru, katanya, PPSKM tidak teragak-agak untuk merujuk perkara itu kepada kementerian sekiranya ia berlarutan.
“Masih ada lagi sekolah yang tak benarkan pelajar untuk turun ke kantin, maka, makanan masih lagi perlu dihantar seperti sebelum ini.
“Sepatutnya perkara itu tidak berlaku apabila ia sudah diberi kelonggaran, tetapi saya teliti maklumat dan tengok berapa lama (ketidaksediaan itu).
“Kalau ambil masa kita bagi nasihat supaya ikut arahan baharu dan mungkin akan buat perbincangan dengan kementerian, jadi pihak sekolah jangan masih lagi takut-takut (untuk benarkan pelajar makan di kantin),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.
28 April lepas, media melaporkan, pengoperasian sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia kembali normal seperti sebelum pandemik Covid-19 bermula 1 Mei lepas.
Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, ketetapan itu dibuat selepas mengambil kira kelonggaran SOP berkaitan Covid-19 berkuat kuasa 1 Mei, sepertimana diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebelum ini.
Bagaimanapun, katanya, dua SOP masih lagi berkuat kuasa iaitu pemakaian pelitup muka di dalam bilik darjah dan ruang tertutup serta pengurusan murid yang bergejala.
Mengulas lanjut, Siti Normah berkata, selain kedegilan beberapa sekolah, kebanyakan pengusaha kantin juga berdepan masalah kekurangan pekerja yang sangat kritikal.
Katanya, ini kerana pengoperasian sepenuhnya menyebabkan pengusaha kantin memerlukan pekerja dengan sangat mendesak berbanding sebelum kelonggaran itu, namun, tidak mendapat sambutan rakyat tempatan terutamanya orang muda.
Malah, ujarnya, pengusaha kantin juga sanggup menawarkan gaji yang tinggi sehingga RM120 sehari bagi mengisi keperluan pekerja, namun, masih tak ada yang berminat lagi.
“Isu kekurangan pekerja sangat kritikal dan kalau ikutkan hampir 70 peratus pengusaha kantin seluruh Malaysia ada masalah kekurangan pekerja,” katanya.
Justeru, beliau berkata, pihaknya mengharapkan kementerian dapat membantu untuk kantin beroperasi dengan baik kerana tanpa pekerja, pengendalian pengurusan kantin berjalan dengan tidak sistematik dan tidak lancar.
“Kalau dapat (kebenaran untuk mengambil) pekerja asing pun bagus juga seperti pekerja Indonesia. Kita boleh bagi latihan dan kursus seperti mana yang kita beri kepada pekerja tempatan, serta bukan hanya semberono, it should be okay.
“Apabila pekerja tak ada, saya risau kualiti makanan terjejas kerana makanan perlu disediakan mengikut masa yang ditetapkan.
“Contohnya seperti menyediakan makanan dua jam sebelum rehat, tetapi ada kemungkinan perlu siapkan lebih awal apabila kekurangan pekerja dan ini boleh menyebabkan makanan menjadi basi dan menjejaskan kualiti,” jelasnya. –UTUSAN ONLINE
sumber: utusan.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
jangan kata sekolah
tempat kerja pun sama
ada yang still jadi bangang jumud |
|
|
|
|
|
|
|
I really appreciate your blog, it is really helpful for all. Keep blogging to attract reader's attention
Visit our website for smart lights, motion sensors, home automation devices. We are leading Automatic Light Sensor manufacturers in Vadodara
|
|
|
|
|
|
|
|
Last year kan mmg mengah gila berkejaq nak tapau makan..dah la tu kalau kita excuse cakap nk makan kat surau pun xboleh..katanya mKn kena mKn kat pantry..if ada org report nti majikan kena jawab & bayaq denda..
Sudahnya berkejaq la aii p tapau makan (lapaq) makan..bekejaq p surau (lapaq) p Mai p Mai lapaq sedia time mco tu..xaman nak makan |
|
|
|
|
|
|
| |
|