Kota Bharu: Takungan air besar akan dibina di Kelantan pada tahun ini untuk menyelesaikan masalah bekalan air yang berlaku di seluruh negeri ini.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, takungan berkenaan akan dibina di satu lokasi yang sudah dikenal pasti di Machang.
Menurutnya, projek pembinaan berkenaan adalah menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang sudah dipersetujui oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa).
"Kasa akan mengumumkan jumlah peruntukan dalam masa terdekat dan kementerian itu akan melantik kontraktor bagi pembinaan takungan air terbabit.
"Projek ini juga adalah antara usaha kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah air yang berlaku di Kelantan.
"Air di Kelantan termasuk bawah tanah, hujan dan sungai melebihi keperluan, namun kita tidak ada tempat untuk menyimpannya.
"Dengan adanya takungan itu dapat menyimpan bekalan air yang banyak di negeri ini," katanya ketika ditemui di pejabatnya selepas Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim di sini, hari ini.
DATUK Mohd Amar Nik Abdullah ketika ditemui di pejabatnya selepas Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim di sini, hari ini. FOTO Hidayatidayu Razali
Mohd Amar berkata, cadangan pembinaan takungan air itu sudah dibincangkan sejak dua tahun lalu antara kerajaan negeri dengan Kasa dan pada dasarnya sudah dipersetujui.
Mengulas lanjut berkenaan masalah air, Mohd Amar berkata, untuk menyelesaikan masalah bekalan air, Kelantan memerlukan sekitar RM7 bilion termasuk untuk pembinaan loji baharu dan tukar paip pecah.
"Kos penukaran paip adalah besar dan kos RM7 bilion itu tidak besar, misalnya Perlis yang memerlukan RM3 bilion untuk menyelesaikan masalah air. Sedangkan negeri itu (Perlis) ini kecil berbanding Kuala Krai yang tiga kali ganda lagi besar.
"Jadi tidak pelik kalau Kelantan memerlukan RM7 bilion untuk selesaikan masalah air. Macam saya sebut Kelantan perlu menukar sistem paip lama membabitkan jarak 5,000 kilometer. Kalau kita naik kapal terbang, kita sudah sampai ke Dubai.
"Projek tukar paip ini memakan masa yang agak lama, bukannya dalam satu masa. Orang awam ini tidak faham isu (selesai masalah air dengan cepat)," katanya.
Beliau berkata, Kelantan mengambil air di bawah tanah dan bukannya air sungai. Air Kelantan juga bersih dan warna kekuningan atau keruh disebabkan kandungan besi tinggi bertindak balas dengan klorin.
Post time 11-5-2022 05:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Projek tukar paip ini memakan masa yang agak lama, bukannya dalam satu masa. Orang awam ini tidak faham isu (selesai masalah air dengan cepat)," katanya
-kalau dr zaman nik ajis lagi korang buat, tak de la rumah masing2 kotor tak berbasuh. Cer citer pulak acaner korg nk atasi masaalah sampah?
Post time 11-5-2022 08:14 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by tripleid at 11-5-2022 08:48 PM
Nik amar ni kalu x sembang babi terbang mmg x sah..Zmn Madey federal dah bagi loan 600juta.zman ph dpt pulak duit royalti sedebuk 400juta.sume duit tu lobai wat perabis joli katak beli merc etc..masalah air x penah2 setel.la ni nak paw 7billion pulak..
When personal interests outweighs kesejahteraan rakyat
boleh dia beli Mercedes dulu ..
dah lah berhutang dengan federal untuk bayar gaji state gomen punya staff
sembang air
Mimpi di siang hari lah PAS//kalau tak cakap merapu bukan PAS PIS PUS namanya....masalah rumah lepas banjir hari tu dah settle ke?? tengok tengok..tukar kereta merc lagi
Post time 11-5-2022 09:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Senang betul hidup, air tanggungan kjn negeri blh plk lobai mintak org lain setelkan, bila time pru klau x maki hamun ckp parti lain x betul x guna x islamic pandai la pulak