CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 430|Reply: 1

[Politik] Pengambilalihan Sapura Energy elak muflis

[Copy link]
Post time 12-5-2022 11:25 PM | Show all posts |Read mode
Pengambilalihan Sapura Energy elak muflis


NAJIB dan Anwar ketika Debat Perdana. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

Kuala Lumpur: Pengambilalihan Sapura Energy Berhad (Sapura Energy) dan hala tuju negara menjadi tumpuan Debat Perdana malam ini.

Gelanggang debat itu menampilkan dua figura politik iaitu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pusingan pertama, Najib menjelaskan keperluan Petronas untuk mengambil alih syarikat minyak dan gas kedua terbesar dunia itu memastikan syarikat itu tidak muflis.

"Petronas boleh mengambil alih Sapura Energy kerana memiliki kepakaran dan boleh berikan jaminan RM7 bilion kontrak jamin modal kerja yang baik.

"Apabila sudah pulih dan Petronas boleh jual semula kepada pasaran dan ia secara tidak langsung menguntungkan kembali syarikat itu.

"Saya optimis Petronas akan untungkan pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan menjadi syarikat yang boleh dibanggakan di peringkat antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Debat Perdana yang diadakan di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), di sini, malam ini.

Dalam pada itu, Anwar pula mencadangkan agar audit forensik perlu dilakukan kepada Sapura Energy untuk mengenal pasti punca kerugian syarikat itu.

"Saya mahu audit forensik dilakukan jika ada salah laku di peringkat pengurusan tertinggi jadi ambil tindakan sepatutnya.

"Jangan lepaskan mereka yang bertanggungjawab (menyebabkan kerugian) dan menjahamkan syarikat," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -energy-elak-muflis

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2022 10:21 AM | Show all posts
dua2 ex menteri kewangan...semua lobang tau...xyah boraklah kome
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.198084 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list